PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38

Go down

Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38 Empty Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38

Post  ong poh lee U6B Wed Mar 17, 2010 4:29 pm

KUALA LUMPUR 17 Mac – Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac, walaupun jumlah kes menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu.

Tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan jumlah 38 yang maut setakat tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Dr. Mohd. Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu ”sindrom kejutan denggi”.

Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di ”kawasan panas”.

"Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama daripada orang ramai.

Beliau juga berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan para pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes-kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. – Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38 Empty TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI

Post  ong poh lee U6B Wed Mar 17, 2010 4:36 pm

*demam mengejut,
*sakit kepala teruk,
*sakit di belakang bebola mata,
*sakit sendi dan otot
*gatal-gatal.
*bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum