PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Noordin Terbunuh

Go down

Noordin Terbunuh Empty Noordin Terbunuh

Post  lisee(U6A) Fri Sep 18, 2009 9:12 am

Ditembak mati bersama pakar bom; Cap jari sama dihantar Polis Malaysia

JAKARTA: Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top, yang diburu pihak berkuasa Indonesia selama sembilan tahun, ditembak mati di sebuah rumah bersama pakar bomnya di pekan Solo, Jawa Tengah, pagi semalam.

Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, mengesahkan lelaki yang ditembak mati itu ialah Nordin berdasarkan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia.


Katanya, mayat Noordin ditemui di dalam rumah itu bersama beberapa mayat lain termasuk pakar bom, Bagus Budi Pranoto yang juga dikenali sebagai Urwah.

"Berdasarkan pemeriksaan doktor polis dan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia, Alhamdulillah pada Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohammad Top," kata Bambang pada sidang akhbarnya yang disambut dengan tepukan pegawai polis lain.

"Dia adalah pemimpin al-Qaeda di Asia Tenggara," katanya pada sidang akhbar itu yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen ke seluruh negara.

Pengesahan mayat Nordin adalah kelegaan bagi pihak berkuasa Indonesia berikutan laporan Nordin ditembak mati dalam satu serbuan juga di Jawa Tengah, bulan lalu, tapi ujian forensik mendapatinya tidak benar.

Noordin, yang dilahirkan di Malaysia, menubuhkan sebuah kumpulan serpihan kepada kumpulan militan serantau, Jemaah Islamiah dan dianggap sebagai perancang utama serangan bom ke atas hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott pada 17 Julai lalu, selain serangan di Bali dan Jakarta yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan.

Bambang berkata, selain Urwah, turut ditembak ialah rakan rapatnya, Ario Sudarso yang juga dikenali sebagai Aji dan penyewa rumah itu, Susilo.

Dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki, selain isteri Susilo yang cedera.

Terdahulu, Ketua Polis Nasional itu mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bila ditanya sama ada benar Noordin dibunuh, Bambang berkata: "Ya... ya.... ya."

Laporan awal menyatakan lima mayat dibawa keluar daripada rumah itu, Empat daripada mereka dikenal pasti sebagai Urwah, Maruto, Susilo dan Putri Munaroh. Bagaimanapun, laporan kemudian mengesahkan Putri Munaroh hanya cedera.

Serbuan itu dilakukan awal pagi semalam selepas intipan polis mengesan tujuh suspek di dalam rumah berkenaan. Serbuan itu berakhir sebelum subuh, dan satu letupan kedengaran di dalam rumah berkenaan, kata jurucakap polis.

Operasi polis itu turut menyebabkan rumah berkenaan hangus.

Mayat Nordin diterbangkan ke Jakarta bagi menjalani bedah siasat.

Indonesia berada dalam tekanan hebat untuk menahan atau membunuh Noordin menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Noordin Terbunuh Empty Belakang Kepala Nordin Hancur

Post  lisee(U6A) Fri Sep 18, 2009 9:15 am

Indonesia lega militan dikehendaki maut

JAKARTA: Bahagian belakang kepala suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammad Top yang mati dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, hancur. Namun, tubuhnya tidak rosak, kata seorang ahli Parlimen, semalam.

"Lukanya adalah pada bahagian belakang kepala. Tetapi, jasadnya utuh," kata Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Trimedya Panjaitan selepas melihat mayat Noordin di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

"Jenazah tiga suspek yang lain ada yang tangannya putus, dan satu lagi kepalanya hancur," kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP) itu.

Pengesahan kematian Noordin yang diburu sejak sembilan tahun itu berikutan dakwaan pembabitannya dalam beberapa pengeboman di Jakarta dan Bali, jelas melegakan polis Indonesia.

Bagaimanapun, masih belum dijelaskan bagaimana Noordin terbunuh dalam operasi terbaru itu. Ada laporan menyatakan dia meletupkan bom ketika polis melakukan operasi.

Wajah Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri nampak berseri-seri ketika meninggalkan Makmal Forensik Rumah Sakit (RS) Polri Sukanto, Kramat Jati, Jakarta Timur, petang semalam.

Pada sidang akhbar yang diadakan selepas itu, pengumuman beliau bahawa polis sudah mengesahkan kematian Noordin berdasarkan cap jari, anggota polis dan wartawan menyambut berita itu dengan tepukan gemuruh.

Kelegaan itu jelas terlihat pada wajah Bambang yang tersenyum ketika menunjuk gambar cap jari Noordin sebagai pengesahan salah satu mayat yang ditemui dalam rumah yang diserbu adalah suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia.

Sebulan lalu, polis Indonesia pada mulanya mengesyaki mereka sudah membunuh Noordin dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jawa Tengah.

Bagaimanapun, mereka kemudian hampa berikutan ujian forensik mengesahkan orang yang terbunuh bukanlah Noordin tetapi orang bawahannya.

Noordin yang pada mulanya menganggotai Jemaah Islamiah (JI) sebelum menubuhkan kumpulan serpihan yang lebih ganas, disyaki merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, Kedutaan Australia juga di Jakarta pada 2004 dan pengeboman di Bali pada 2005.

Dia juga disyaki menjadi dalang kepada serangan hampir serentak terhadap hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, Julai lalu.

Operasi semalam di Mojosongo, daerah Zebres, Solo, bermula dengan polis menyoal siasat dua rakan Noordin yang diberkas di kawasan berhampiran, tengah hari kelmarin.

Berikutan itu, unit khas Detachment 88 dikerah mengepung rumah itu. – Agensi

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Noordin Terbunuh Empty Kematian Noordin tamparan besar kepada JI: Rudd

Post  lisee(U6A) Fri Sep 18, 2009 9:19 am

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Indonesia berikutan terbunuhnya Noordin Mohammad Top, dan menyatakan kematian pengganas yang paling dikehendaki itu adalah satu kejayaan besar.

Rudd berkata kematian Noordin itu boleh melumpuhkan kumpulan Jemaah Islamiah (JI), iaitu kumpulan yang bertanggungjawab dalam siri serangan membabitkan rakyat Australia, termasuk kejadian pengeboman di Bali pada 2002.

Beliau berkata Noordin bertanggungjawab dalam beberapa serangan membabitkan rakyat Australia di Indonesia.

"Ini adalah berita baik dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa keselamatan Indonesia atas kejayaan mereka," katanya kepada Radio ABC semalam.

"Ini adalah satu operasi yang sangat sukar dan memakan masa yang lama dan pujian patut diberi kepada Indonesia yang berjaya melaksanakannya melalui agensi keselamatan mereka".

Noordin, yang dianggap pengganas nombor 1 Asia dan perancang dalam beberapa siri serangan, terbunuh dalam satu serbuan polis di tempat persembunyian kumpulan militan JI di Solo, Jawa Tengah, pagi semalam. - Bernama

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Noordin Terbunuh Empty Re: Noordin Terbunuh

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum