PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jumlah penganggur di Malaysia 36,000 sehingga Dis 2009

Go down

Jumlah penganggur di Malaysia 36,000 sehingga Dis 2009 Empty Jumlah penganggur di Malaysia 36,000 sehingga Dis 2009

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun Feb 28, 2010 1:35 pm

ROMPIN 28 Feb. — Jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Katanya, kebanyakan daripada statistik itu adalah daripada sektor perkilangan ekoran kekurangan pengeksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.

Beliau berkata, jumlah tersebut bagaimanapun masih berada dalam kawalan berbanding 84,000 penganggur dicatatkan pada krisis ekonomi Asia dalam tempoh yang sama pada 1997.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai buruh-buruh yang terdiri daripada golongan dewasa terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

"Syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Chap Goh Mei di sini, malam tadi.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum