PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini

2 posters

Go down

SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini Empty SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 11, 2010 11:36 am

SEREMBAN 11 Mei – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), sehingga ini, telah menyiapkan 77 projek yang melibatkan 24,326 unit rumah terbengkalai di seluruh negara yang melibatkan kos pembangunan RM480 juta.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, 11,081 unit rumah di 23 projek telah dibaik pulih SPNB dengan bantuan kewangan yang melibatkan kawasan 191.16 hektar, manakala melalui khidmat nasihat sebanyak 54 projek dibaik pulih dengan melibatkan 13,245 unit rumah.

"SPNB sedang membaik pulih 11 projek di bawah Pakej Ransangan Ekonomi 2009 yang melibatkan 3,713 unit rumah dengan kos pemulihan RM381 juta, manakala kesemua projek ini membabitkan keluasan tanah seluas 199.26 hektar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah program pemulihan perumahan terbengkalai Taman Pelangi di sini hari ini.

Selain itu, katanya, SPNB turut membina projek perumahan di bawah program rumah mampu milik di mana 9,046 unit rumah telah dibina melibatkan 143.37 hektar. – Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini Empty Re: SPNB berjaya siapkan 77 projek terbengkalai sehingga ini

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 11, 2010 12:19 pm

Komen saya adalah, kerajaan amat bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah projek rumah terbengkalai di negara kita.
Terdapat terlalu banyak projek rumah terbengkalai disebabkan oleh pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab untuk menghabiskan projek rumah tersebut dan membiarkan sahaja.
SPNB memainkan peranan yang sangat penting dalam penyelesaian masalah ini.
Diharapkan semua masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan membolehkan mereka yang kehilangan rumah baru mereka mendapat balik rumah mereka semula.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum