PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Projek e-bandaraya rapatkan jurang digital masyarakat

Go down

Projek e-bandaraya rapatkan jurang digital masyarakat Empty Projek e-bandaraya rapatkan jurang digital masyarakat

Post  keat sin (U6A) Mon Jun 14, 2010 11:00 am

KUALA LUMPUR: Enam agensi swasta dan lapan persatuan penduduk sekitar bandaraya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai rakan kongsi projek perintis e-bandaraya, baru-baru ini.

Projek ini bermatlamat menjadikan bandaraya berteraskan pembangunan teknologi maklumat dengan penyediaan program bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dengan tumpuan utama di kawasan perumahan awam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad, berkata agensi swasta dan persatuan penduduk akan bekerjasama dengan DBKL dan kementerian untuk memajukan sebarang projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke tahap lebih tinggi.
Projek ini bertujuan menjana kesedaran betapa pentingnya kemahiran menggunakan teknologi maklumat dalam membuat capaian maklumat dan menggunakannya sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan dan pendapatan.

“Sebanyak 16 pihak yang menandatangani MOU ini akan bersama merancang, melaksana, memantau dan membuat pembaikan kepada setiap proses pelaksanaan dengan tujuan hanya yang terbaik saja untuk warga kota melalui ICT,” kata Esa yang ditemui selepas majlis pelancaran yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Zulkifli Ibrahim.

Teks ucapan Ahmad dibaca oleh Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Esa Mohammed.

Ahmad berkata, projek e-bandaraya adalah salah satu tema program Agenda Tempatan 21 Kuala Lumpur (LA 21 KL) yang menggariskan tiga lagi tema lain iaitu Bandaraya Bersih dan Indah, Bandaraya Sejahtera dan Bandaraya Selamat. Ia dilancarkan pada 9 Ogos 2007 oleh Datuk Bandar KL ketika itu, Datuk Ab Hakim Borhan.
LA 21 KL adalah pelan tindakan global ke arah pembangunan mampan untuk abad ke-21 yang termaktub dalam Deklarasi Rio yang ditandatangani oleh 178 negara termasuk Malaysia dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Jenario, Brazil pada 1992.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum