Kerajaan sentiasa teliti projek keutamaan rakyat

View previous topic View next topic Go down

Kerajaan sentiasa teliti projek keutamaan rakyat

Post  yeeleng(L6A) on Sat Aug 07, 2010 5:56 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, dana awam seharusnya digunakan dengan cara yang memberi manfaat kepada rakyat dan bagi mencapai tujuan itu, kerajaan akan sentiasa meneliti projek yang menjadi keutamaan rakyat. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berbelanja secara bijak dan berhemat dalam segala pelaksanaan projek kerana ia membabitkan wang rakyat.
“Kerajaan sedar mengenai perkara ini dan harap kami mampu memenuhi harapan rakyat,” katanya dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my di bawah tajuk ‘Respon Kepada Komen - Perbelanjaan Kerajaan Bagi Program Rakyat’.

Najib menulis demikian bagi mengulas komen seorang pengirim dikenali sebagai Suhaimi yang berpendapat kerajaan harus menilai Pulangan Bagi Pelaburan (ROI) dari segi nilai sosial, modal insan, kesihatan dan sebagainya sebelum memperuntukkan bajet bagi sebarang program.

Suhaimi berkata, jika kerajaan mempunyai kewajaran untuk bertindak, maka tiada sesiapa yang boleh mempersoalkannya.
Najib berkata, beliau bersetuju dengan Suhaimi yang kerajaan perlu berbelanja dengan bijak dan berhemat kerana ia membabitkan wang rakyat.

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan enam NKRA yang dikenal pasti mengikut penilaian kerajaan dan bidang keutamaan seperti diilhamkan rakyat.

Beliau berkata, rakyat mahu melihat pembasmian kemiskinan, sistem pengangkutan awam yang lebih baik, penurunan kadar jenayah dan rasuah, pendidikan berkualiti dan rakyat juga mahu kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
“Jadi, ini bidang yang akan mendapat keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10 – 2011-2015)," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu merangsangkan ekonomi dan untuk tujuan itu, memutuskan Dana Pemudahan berjumlah RM20 bilion dalam RMKe-10.

"Dengan menggunakan jumlah kecil dana awam, kami boleh mampu mencetuskan tahap pelaburan swasta lebih tinggi," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum