PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DOSH Berjaya Kurangkan 30% Kes Kemalangan Di Tempat Kerja

Go down

DOSH Berjaya Kurangkan 30% Kes Kemalangan Di Tempat Kerja Empty DOSH Berjaya Kurangkan 30% Kes Kemalangan Di Tempat Kerja

Post  xiaowen_U6B Thu Jun 24, 2010 4:29 pm

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berjaya mengurangkan lebih 30 peratus kes kemalangan di tempat kerja di seluruh negara sejak 10 tahun lepas.

Ketua pengarahnya Datuk Dr Johari Basri berkata bilangan kemalangan di tempat kerja dilaporkan menurun kepada 61,161 kes pada tahun lepas berbanding dengan 87,389 pada 2001.

Bagaimanapun DOSH bimbang dengan jumlah pekerja yang terbabit dengan kemalangan jalan raya yang meningkat semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, katanya kepada Bernama dalam temubual di sini Rabu.

Sehubungan itu, DOSH berhasrat untuk mengurangkan kes kemalangan membabitkan pekerja dalam perjalanan ke tempat bekerja.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan bahawa majikan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan pekerja kerana sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja menunjukkan kegagalan kepada pihaknya.

Katanya DOSH boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan tersebut.

Johari berkata, pada tahun lepas DOSH telah mengeluarkan 3,407 surat arahan serta notis untuk memperbaiki dan sebanyak 259 kompaun kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan majikan.

"Kita juga mengambil 149 tindakan pendakwaan terhadap majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab," tambah beliau.

Selain itu bagi memastikan keselamatan di tempat pekerjaan tidak diabaikan, DOSH akan meneruskan pemantauan termasuk mengadakan audit pada kilang dan jentera-jentera yang digunakan dari masa ke semasa, katanya.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum