PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih 400 kes kemalangan elektrik dalam 8 tahun

Go down

Lebih 400 kes kemalangan elektrik dalam 8 tahun Empty Lebih 400 kes kemalangan elektrik dalam 8 tahun

Post  HuInI(U6A) Sun Feb 28, 2010 6:02 pm

BESUT 28 Feb. – Sebanyak 205 kes maut akibat kejutan elektrik dicatatkan daripada 411 kes kemalangan elektrik yang berlaku di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh lapan tahun sejak tahun 2002.

Naib Presiden Tenaga Nasional Berhad (TNB), Rozimi Remeli berkata, kes kemalangan tertinggi dicatatkan pada tahun 2007 (79 kes) diikuti sebanyak 75 kes pada tahun 2008 dan hanya 69 kes pada tahun lalu.

Kes maut itu melibatkan kakitangan TNB dan orang awam, tetapi beliau tidak memberikan butirannya.

“Bagaimanapun trend kes kemalangan mula menurun hasil kefahaman yang kita berikan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik (SKKE) Peringkat negeri Terengganu di Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) dekat sini hari ini.

Rozimi berkata, Laporan Suruhanjaya Tenaga itu mendapati kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak sempurna menyumbang sebanyak 37.2 peratus daripada punca kemalangan.

“Prosedur kerja selamat yang tidak dipatuhi juga menyumbang kepada 32 peratus punca kemalangan,” katanya. – Bernama

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum