PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau

Go down

Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau Empty Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau

Post  yeow_U6A/2010 Fri Jun 18, 2010 5:52 pm

KUALA LUMPUR: Petronas berjaya mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau dari loji pemprosesan minyaknya sebanyak sembilan peratus di antara 2008 hingga 2009.

Pakar Rujukan dari MTBE (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Petronas, Ahmad Kamal Salleh, berkata ia ekoran pelaksanaan program Pengurusan, Pengurangan dan Penggunaan Tenaga (ELM) yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu. “Program dijalankan melalui tiga cara, iaitu menggunakan tenaga secara lebih berkesan, mengurangkan pengeluaran lebihan gas di loji utama kita dan mengekalkan kebolehpercayaan aset dan liabiliti supaya tiada pembaziran tenaga berlaku. “Kami yakin dapat membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
sekali gus membantu mengurangkan kesan terhadap bumi,” katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja pada hari terakhir Kongres Kejuruteraan Sains dan Teknologi Sedunia (ESTCON) 2010, di sini, semalam.

Selain program itu, Petronas melalui MTBE turut melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan sesi perjumpaan secara terbuka dengan masyarakat bagi memberi penerangan mengenai operasi mereka di loji pemprosesan bagi mengelak salah faham terutama dari sudut pencemaran udara.

“Kita adakan perjumpaan dengan masyarakat setempat sekali setiap tahun khususnya di Gebeng, Pahang, bagi memberi mereka maklumat yang tepat,” katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau Empty Re: Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau

Post  yeow_U6A/2010 Fri Jun 18, 2010 5:57 pm

Pada pendapat saya, ini merupakan langkah yang baik untuk memelihara bumi tercinta kita daripada mengalami 'kecederaan' yang lebih teruk. Selain itu, ini merupakan contoh kepada syarikat-syarikat lain supaya mejejaki langkah Petronas untuk mengurangkan pencemaran yang sedang berlaku.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum