PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bilik Gerakan NKRA diwujud kurangkan jenayah

Go down

Bilik Gerakan NKRA diwujud kurangkan jenayah Empty Bilik Gerakan NKRA diwujud kurangkan jenayah

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 26, 2010 9:16 am

PUTRAJAYA 25 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewujudkan Bilik Gerakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan agenda mengurangkan kadar jenayah dapat dilaksanakan secara strategik dan mengikut keperluan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bilik gerakan itu dihubungkan secara talian dengan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen (IPK) dan balai-balai polis di kawasan panas.

Menurutnya, ia juga dihubungkan dengan Ibu Pejabat Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

''Bilik gerakan ini merupakan pendekatan baru yang mana pihak kementerian dapat menyalurkan input serta memastikan segala sumber yang kita ada, digunakan dengan cara yang paling efektif berdasarkan keperluan semasa.

''Berhubung perkara itu, kita telah menyediakan satu pasukan khusus untuk menganalisis data secara harian yang diperoleh di bilik gerakan ini serta melihat keperluan di balai-balai polis di kawasan panas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa NKRA peringkat KDN dan mengadakan lawatan singkat di Bilik Gerakan NKRA di sini, hari ini.

Bilik gerakan itu akan menerima laporan mengenai jenayah indeks dan jalanan setiap hari dan ia juga akan menjadi pusat maklumat bagi semua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Hishammuddin memberitahu, bilik gerakan terbabit dihubungkan dengan sistem yang digunakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang bertanggungjawab memantau NKRA secara keseluruhan iaitu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum