PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa

Go down

Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa Empty Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa

Post  ong poh lee U6B Wed Mar 17, 2010 4:56 pm

KUALA LUMPUR 16 Mac - Konsep 1Malaysia kini menjadi satu gerakan massa di peringkat akar umbi dan bukan hanya satu gagasan kerajaan semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan sambutan memberangsangkan daripada rakyat terhadap gagasan itu seperti ditunjukkan melalui tinjauan mesra atau walkabout di beberapa kawasan seperti Pantai Dalam, Petaling Street, Brickfields dan Lachau Ulu di Sarawak.

Beliau juga berbangga kerana sebutan Salam 1Malaysia sudah menjadi kelaziman ramai pihak, malah simbol 1Malaysia juga amat popular digunakan oleh badan korporat, sukarela dan sebagai simbol serta motif dalam bentuk pakaian.

"Terdapat juga inisiatif daripada rakyat sendiri untuk merai dan mengenal pasti lambang 1Malaysia secara simbolik seperti perkahwinan 1Malaysia antara empat pasangan di Kapar baru-baru ini yang terdiri daripada dua pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan Cina dan India yang disaksikan oleh saya sendiri," katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-KAPIT) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kejayaan Gagasan 1Malaysia dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, penghalang terbesar kepada kejayaan pencapaian 1Malaysia adalah kerana wujudnya prasangka dan prejudis terhadap gagasan itu.

Sehubungan itu, Najib berkata, seluruh rakyat harus ikhlas menangani kebimbangan dan ketakutan itu kerana sekiranya keadaan sebaliknya berlaku akan menyebabkan semua pihak berisiko untuk menzalimi saudara-saudara sendiri.

"Janganlah kita terus memegang kepada prasangka dan prejudis tanpa mengetahui kebenaran yang pasti. Marilah kita bergerak daripada mendefinisikan identiti kita berasaskan perbezaan yang wujud sesama kita kepada mencari titik-titik persamaan.

"Saya ingin jelaskan bahawa kefahaman 1Malaysia mesti dilihat bersekali dengan ungkapan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini kerana apa pun tindakan kerajaan akan lakukan fokusnya perlulah menjurus kepada kepentingan rakyat dan tindakan yang mementingkan pencapaian dan keberhasilan," katanya.

Untuk menjayakan lagi gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, komitmen semua pihak diperlukan kerana alternatif kepada kejayaan konsep tersebut adalah kewujudan sebuah negara Malaysia yang berpecah-belah, tidak stabil dan lemah.

"Demi untuk anak-anak kita... ini bukanlah masa depan yang kita dambakan. Kerajaan yakin dan percaya bahawa gagasan 1Malaysia boleh menjadi formula nasional yang boleh memupuk kewujudan bangsa Malaysia dan seterusnya menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," kata beliau.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum