PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

50 Klinik 1Malaysia dibuka tahun depan

Go down

50 Klinik 1Malaysia dibuka tahun depan Empty 50 Klinik 1Malaysia dibuka tahun depan

Post  ypeng(U6A/10) Mon Jun 28, 2010 4:46 pm

BENTONG 27 Jun - Sebanyak 50 Klinik 1Malaysia baru yang diumumkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dijangka memulakan operasinya awal tahun depan dan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan klinik itu kepada 100 buah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ketika ini pihak kementerian sedang dalam proses mencari lokasi-lokasi terpilih klinik tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, penubuhan klinik itu tidak memerlukan tempoh masa yang panjang kerana ia hanya melibatkan kerja-kerja menaiktaraf bangunan atau rumah kedai sahaja.

"Kita memiliki pengalaman apabila dapat menyiapkan klinik-klinik 1Malaysia sebelum ini dalam tempoh tidak sampai sebulan.

"Justeru kerajaan akan terus komited menubuhkan klinik itu berikutan permintaan menggalakkan daripada orang ramai bagi membantu memberi perkhidmatan rawatan kepada mereka yang berpendapatan rendah di bandar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Fiesta Jom Sihat-Hidup Sungguh Bermakna di sini hari ini.

Fiesta tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan dengan kerjasama Lembaga Promosi Kementerian Kesihatan dan Prostar Malaysia.

Tambah Rosnah, kemudahan kesihatan di negara ini adalah antara terbaik di dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menurutnya, tidak terdapat negara yang mengenakan bayaran RM1 bagi membolehkan orang ramai mendapat rawatan dan ubat-ubatan.

"Tetapi di Malaysia, senario ini berlaku dan kita boleh menikmati kemudahan itu.

"Malahan, wad kelas tiga di hospital kerajaan hanya mengenakan bayaran RM3 sehari dan kerajaan sentiasa komited mengambil berat soal kesihatan rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, kementerian mengalu-alukan penglibatan PIBG dan agensi kerajaan untuk menganjurkan program bersama seperti Fiesta Jom Sihat bagi mendekatkan masyarakat dengan pengetahuan kesihatan.

Tambah beliau, syarikat korporat juga digalakkan terlibat sama dengan menjadi rakan penaja dalam usaha melaksanakan program Tanggungjawab Sosial (CSR) untuk menyampaikan nilai-nilai positif kepada orang ramai.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum