PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Henti guna lampu pijar tahun depan

Go down

Henti guna lampu pijar tahun depan Empty Henti guna lampu pijar tahun depan

Post  WAN SEN (U6A) Fri Mar 19, 2010 4:45 am

Langkah bagi jimatkan penggunaan elektrik

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghentikan penggunaan lampu pijar (incandescent) secara berperingkat bermula tahun depan bagi menggalakkan penggunaan lampu yang lebih cekap tenaga, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, langkah yang selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020 itu membolehkan pengguna menjimatkan sebanyak RM336 juta setahun dalam penggunaan elektrik. Dasar itu juga, katanya, boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di negara ini sebanyak 1,074 GigaWatt sejam (GW/h) setahun atau bersamaan dengan penjimatan satu peratus keperluan bekalan elektrik negara.

Beliau berkata, penggantian lampu pijar dengan lampu cekap tenaga boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 732,000 tan karbon dioksida setahun atau bersamaan dengan 0.25 peratus kuantiti keseluruhan gas itu yang dilepaskan di negara ini.

"Dasar ini bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan pengguna dengan menggalakkan penggunaan lampu lebih cekap tenaga seperti compact fluorescent lamp (CFL), lampu fluorescent tube dan lampu light emitting diode (LED) serta menggantikan lampu pijar yang tidak cekap tenaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga kementerian dan agensi, semalam.
Katanya, pelaksanaan dasar itu juga merangkumi dua fasa iaitu menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh setahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun depan," katanya.

"Fasa kedua pula menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013," katanya.

Mengenai isu bantahan penduduk yang menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menyambung semula kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang, Rawang, kelmarin, Peter berkata beliau sudah mengarahkan syarikat itu menghentikan sementara kerja berkenaan sehingga satu keputusan konkrit dicapai

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum