PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

4 posters

Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  kuanchin91 Tue Apr 27, 2010 6:56 pm

PUTRAJAYA 27 April – Kes kesalahan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat naik mendadak apabila 4,749 kes dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 4,452 kes sepanjang tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, adalah dipercayai lebih ramai lagi pemandu melakukan kesalahan tersebut terutama pada tengah malam tanpa dapat dikesan.

"Namun menerusi pengenalan sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang akan dilancarkan mulai Oktober ini, kes ini dijangka dapat dikurangkan.

"AES akan melakukan penguatkuasaan sepanjang hari, jadi pemandu yang melanggar peraturan lampu isyarat pada waktu tengah malam pun tidak akan terlepas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya “Merah Makna Berhenti” anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Sun Media Corporation Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Menerusi kempen itu, sebanyak 300,000 pelekat akan diedarkan kepada orang ramai sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan lampu isyarat. – Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 11:58 am

Saya berasa undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan kurang efektif. Hukuman dan dendaan yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka yang melanggari peraturan-peraturan. Contohnya, sistem dimerit harus dilaksanakan. Bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu, kesalahan itu akan dicatatkan dan markahnya akan dimerit mengikut kesalahan itu sama ada berat atau ringan. Sekiranya markahnya telah jatuh ke kosong, maka lesen pemandu akan digantung beberapa bulan. Dengan pelaksanaan sistem ini, saya berasa kebanyakan pemandu akan mengikut undang-undang dan memandu lebih berhati-hati semasa berada di jalan raya. Maka, keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga boleh dijaminkan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 12:30 pm

Inilah "tradisi" orang Malaysia yang "berbudi".
Di negara lain, pemandu akan berhenti apabila lampu isyarat menunjukkan lampu kuning (bermaksud perlahankan laju). Namun di negara kita, apabila pemandu lihat lampu isyarat menunjukkan lampu kuning, mereka bukan sahaja tidak perlahankan perlajuannya malahan pula memecut lagi!! Etika jalan raya di negara kita turut perlu dibimbangkan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 5:16 pm

Di samping itu, pihak polis boleh meletakkan beberapa CCTV di tempat-tempat yang strategik untuk merakam sesiapa yang melanggari peraturan-peraturan. Dengan bukti yang kukuh ini, maka pesalah-pesalah tiada alasan untuk mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman dan dendaan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  leeyoong_U6B Wed Apr 28, 2010 6:51 pm

Pendidikan yang meliputi undang-undang jalan raya, implikasi dan dendaan yang akan dikenalkan sekiranya tidak mematuhi haruslah diberi kepada masyarakat. Pendekatan pendidikan adalah bertujuan untuk menyedari pengguna jalan raya supaya berhemah dan berdisplin semasa di jalan raya. Pendidikan ini boleh melalui ceramah, pameran, risalah dan juga perbincangan melalui media massa seperti radio, televisyen dan surat khabar.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  kuanchin91 Wed Apr 28, 2010 9:04 pm

sekiranya undang-undang yang berat ditetapkan,tetapi tiada pengawalan yang ketat,maka,tindakan ini sudah gagal.
Oleh itu,pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka hendaklah bersih,amanah dan cekap dalam pelaksanaan dan pengawalan undang undang.
Dengan ini,keadaan ini baru boleh mengubah ke arah yang lebih cerah.
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak Empty Re: Kes kesalahan tidak patuhi lampu isyarat naik mendadak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum