PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suhakam Minta Pindaan ISA Patuhi Prinsip Hak Asasi Manusia

Go down

Suhakam Minta Pindaan ISA Patuhi Prinsip Hak Asasi Manusia Empty Suhakam Minta Pindaan ISA Patuhi Prinsip Hak Asasi Manusia

Post  xiaowen_U6B Thu Jun 24, 2010 4:31 pm

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam meminta kerajaan memastikan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mematuhi prinsip hak asasi manusia berhubung hak orang tahanan untuk kebebasan peribadi dan hak mendapat perbicaraan adil.

Orang tahanan juga berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11(1) Deklarasi Hak Asasi Universal 1948, katanya dalam satu kenyataan Khamis.

"Suhakam telah secara konsisten menggesa pembubaran ISA dan digantikan dengan akta baru, penggubalan undang-undang baru yang menyeluruh dan tegas mengenai ancaman terhadap keselamatan negara yang sepatutnya selaras dengan pinsip hak asasi manusia," katanya sambil menambah bahawa Suhakam mengalu-alukan langkah kerajaan meminda ISA.

Beliau berkata Suhakam bersetuju dengan penemuan awal dan saranan Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Tahanan Timbang Tara yang melawat Malaysia baru-baru ini.

Kumpulan itu, antara lain, menyarankan supaya kerajaan membubarkan atau meminda ISA dan tiga lagi undang-undang pencegahan iaitu Ordinan Darurat, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Kediaman Terhad.

Panel itu turut mengadakan pertemuan dengan Suhakam.

Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan saranan panel itu yang mahu kerajaan memperkukuh Suhakam selaras dengan Prinsip Paris dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan status "A" Suhakam yang diterima daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia yang berpejabat di Geneva, dikekalkan.



-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum