PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia dipilih semula sertai Majlis Hak Asasi PBB

Go down

Malaysia dipilih semula sertai Majlis Hak Asasi PBB Empty Malaysia dipilih semula sertai Majlis Hak Asasi PBB

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Fri May 14, 2010 6:53 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipilih semula menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu semalam selepas Perhimpunan Agung PBB memilih 14 anggota baru menggantikan anggota yang tamat tempoh perkhidmatan.

Selain Malaysia, negara yang dipilih ialah Angola, Ecuador, Guatemala, Libya, Maldives, Mauritiana, Moldova, Poland, Qatar, Sepanyol, Switzerland, Thailand dan Uganda.

Anggota dipilih menerusi undian rahsia oleh negara anggota PBB dan akan berkhidmat bagi penggal tiga tahun mulai 19 Jun hingga 18 Jun 2013.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini, Malaysia meraih 179 undi (95.2 peratus) daripada sejumlah 188 negara yang hadir untuk mengundi.

"Jumlah undi yang diraih mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia memainkan peranan positif and membina dalam kerja-kerja HRC" menurut kenyataan itu.

Malaysia pernah menjadi anggota aktif Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB sebelum ia dibubarkan dan digantikan dengan HRC pada 15 Mac, 2006, dengan matlamat menangani pencabulan dan keadaan hak asasi manusia di kalangan negara anggota PBB dan membuat perakuan mengenainya. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum