PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PBB

Go down

PBB Empty PBB

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:44 am

Kegiatan dan kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Rencana utama: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II dan dianggotai oleh negara-negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Piagamnya, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak-hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London pada 10 Januari 1946 di London, United Kingdom disertai oleh 51 negara. Kini, 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.


Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Senarai kandungan [lipat]
1 Kegiatan-kegiatan PBB
1.1 Persidangan antarabangsa
1.2 Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan
1.3 Kawalan senjata dan pelucutan senjata
1.4 Penjagaan keamanan
1.5 Hak asasi manusia
1.6 Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa
1.7 Persetiaan dan undang-undang antarabangsa
2 Kritikan dan perbalahan
2.1 Membuat reformasi pada PBB
2.2 Kejayaan dan kegagalan dalam isu-isu keselamatan
2.3 Keahlian jawatankuasa
2.4 Skandal Minyak untuk Makanan



[sunting] Kegiatan-kegiatan PBB

[sunting] Persidangan antarabangsa
Ahli-ahli PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Badan-badan pentadbir terdiri daripada ahli-ahli negara yang termasuk, bukan sahaja Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan Majlis Keselamatan, tetapi juga badan-badan kaunterpart yang berkaitan dengan penguasaan kesemua agensi sistem PBB yang lain. Umpamanya, Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan Lembaga Eksekutif menyelia kerja-kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Setiap tahun, Jabatan Negara Amerika Syarikat mentauliahkan delegasi ke lebih daripada 600 mesyuarat badan-badan pentadbir.

Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Delegasi peringkat tinggi Amerika Syarikat mempergunakan peluang-peluang ini untuk mempromosikan sudut pandangan polisi Amerika Syarikat dan mengembangkan persetujuan-persetujuan antarabangsa terhadap kegiatan untuk masa hadapan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan tentang Alam Sekitar dan Pembangunan PBB" (Persidangan Bumi) (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil, pada Jun 1992: Persidang ini telah menyebabkan penciptaan Suruhanjaya Pembangunan Mapan untuk memajukan kesimpulan yang dicapai dalam Agenda 21. Agenda 21 merupakan teks persetujuan terakhir yang dirundingkan oleh kerajaan-kerajaan di UNCED;
"Persidangan Antarabangsa Cairo mengenai Bilangan Penduduk dan Pembangunan" yang diadakan di Cairo, Egypt pada September 1994: Persidangan ini meluluskan program tindakan untuk menumpukan perhatian kepada cabaran-cabaran yang genting serta saling perhubungan antara bilangan penduduk dan pembangunan boleh kekal pada tempoh 20 tahun yang akan datang;
"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Persidangan ini ditajakan bersama-sama oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD), bandar raya Columbus, dan perniagaan sektor swasta. Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal dan memperoleh komitmen peringkat tinggi untuk pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang, termasuknya wanita.
"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995: Persidangan ini bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan perjanjian-perjanjiaan bersejarah yang telah disetujui di "Persidangan Dunia Ketiga tentang Wanita" yang diadakan di Nairobi, Kenya pada tahun 1985.
"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996: Persidangan ini mempertimbangkan cabaran-cabaran pembangunan dan pengurusan petempatan manusia pada abad ke-21.

[sunting] Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan
Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB
PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Duta Besar Muhibah UNESCO
Tapak-tapak Warisan Dunia UNESCO
Duta Besar Muhibah UNHCR

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

PBB Empty Re: PBB

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:46 am

[sunting] Kawalan senjata dan pelucutan senjata
Piagam PBB 1945 membayangkan sebuah sistem peraturan yang akan memastikan "pengalihan yang paling sedikit untuk persenjataan daripada sumber-sumber manusia dan ekonomi sedunia". Senjata nuklear termuncul hanya beberapa minggu selepas Piagam itu ditandatangani dan memberikan dorongan yang segera kepada konsep-konsep pengehadan persenjataan dan pelucutan senjata. Sebenarnya, ketetapan yang pertama untuk mesyuarat sulung Perhimpunan Agung (24 Januari 1946) telah dijudulkan "Penubuhan Suruhjaya untuk Bertindak terhadap Masalah-masalah yang Dikemukakan oleh Penemuan Tenaga Atom". Ketetapan ini menuntut kepada Suruhanjaya supaya membuat cadangan-cadangan yang tertentu untuk "penghapusan daripada persenjataan negara kesemua senjata atom dan senjata-senjata utama yang lain yang boleh disesuaikan untuk pembinasaan besar-besaran".

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung dan Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB. Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan meritnya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Persidangan Pelucutan Senjata merupakan forum yang ditubuhan oleh komuniti antarabangsa untuk perundingan kawalan senjata berbilang hala dan persetujuan-persetujuan pelucutan senjata. Ia mempunyai 66 ahli yang mewakili seluruh kawasan di dunia, temasuknya kelima-lima negara senjata nuklear yang utama, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, dan Republik Rakyat China. Sedangkan persidangan ini bukannya pertubuhan PBB yang formal, ia dikaitkan kepada PBB melalui wakil diri Setiausaha Jeneral; wakil ini bertindak sebagai setiausaha jeneral persidangan. Ketetapan-ketetapan yang diterima oleh Perhimpunan Agung sering memintai persidangan untuk mempertimbangkan perkara-perkara pelucutan yang tertentu. Sebagai balasan, persidangan itu melaporkan kegiatan-kegiatannya setiap tahun kepada Perhimpunan.


[sunting] Penjagaan keamanan
Pengaman-pengaman dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja bertamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat perjanjian keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar tempur daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pengasas-pengasas PBB mempunyai harapan yang tinggi bahawa PBB dapat bertindak untuk mengelakkan segala pertikaian antara negara-negara dan menyebabkan peperangan tidak mungkin melalui prinsip "keselamatan bersama". Harapan-harapan itu masih belum dapat dicapai dengan sepenuhnya. Semasa Perang Sejuk (dari kira-kira 1947 sehigga 1991), pembahagian dunia kepada kem-kem yang bermusuhan menyebabkan perjanjian penjagaan keamanan terlalu susah. Selepas penamatan Perang Sejuk, terdapatnya permintaan baru supaya PBB menjadi agensi untuk mencapai keamanan dan kerjasama sejagat kerana beberapa dozen pertikaian tentera masih berterusan di sekeliling dunia. Tetapi keruntuhan Kesatuan Soviet juga meninggalkan Amerika Syarikat dalam kedudukan dominans di dunia yang unik, dan mewujudkan pelbagai cabaran yang baru kepada PBB.

Operasi penjagaan keamanan PBB dibiayai oleh taksiran, melalui rumusan yang diperoleh daripada skala yang biasa, tetapi termasuk bayaran tokok untuk kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan ataupun menolak sebarang operasi penjagaan keamanan. Bayaran tokok ini bertindak untuk mengimbangkan kadar taksiran terdiskaun bagi negara-negara kurang maju. Pada Disember 2000, PBB menyemak semula skala kadar taksiran bagi peruntukan biasanya dan untuk penjagaan keamanan. Skala untuk penjagaan keamanan direka bentuk untuk disemak semula setipa enam bulan dan diunjurkan berhampiran 27% pada tahun 2003. Amerika Syarikat bermaksud membayar taksiran penjagaan keamanan pada kadar yang lebih rendah. Ia telah meminta penggubalan undang-undang daripada Kongres Amerika Syarikat untuk dapat membayar pada kadar-kadar ini serta untuk membuat bayaran untuk tunggakannya.

Jumlah perbelanjaan PBB untuk penjagaan keamanan mencapai puncaknya antara 1994 dan 1995; pada akhir tahun 1995, jumlah kos ialah melebihi AS$3.5 bilion. Jumlah kos penjagaan keamanan PBB bagi tahun 2000 adalah di lingkungan AS$2.2 bilion, termasuk operasi yang dibiayai daripada peruntukan PBB yang biasa serta peruntukan penjagaan keamanan.

Pasukan-pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Nobel untuk Keamanan" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Jeneral Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usahanya untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingkat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingkat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.


[sunting] Hak asasi manusia
Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang. Salah satu matlamat yang awal ialah penciptaan rangka undang-undang untuk mempertimbangkan dan bertindak ke atas sebarang sungutan mengenai pencabulan hak asasi manusia.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, walaupun tidak mengikat dari segi undang-undang, telah diterima oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1948 sebagai piawai pencapaian yang umum untuk semua ahli.

Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia ialah pegawai yang bertanggungjawab kepada segala kegiatan hak asasi manusia PBB.

PBB dan agensi-agensinya memainkan peranan yang utama dalam pendukungan dan pelaksanaan prinsip-prinsip yang disemadikan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka. PBB membantu untuk mempertingkatkan kesedaran konsep hak asasi manusia melalui waad dan perhatian kepada pelanggaran yang khusus melalui ketetapan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan ataupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


[sunting] Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa
Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. Kekadangnya, pekerja-pekerja bantuannya telah diserang.

Maklumat lanjut: [[Serangan pada pekerj-pekerja kemanusian]]
PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat-matlamat Perkembangan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

Tiap-tiap tahun, PBB menerbitkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang merupakan indeks perbandingan untuk mengkadarkan negara mengikut, kemiskinan, [[kenal huruf], pendidikan, jangka hayat, dan faktor-faktor yang lain.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

PBB Empty Re: PBB

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:48 am

[sunting] Skandal Minyak untuk Makanan
Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk makanan, ubat, dan keperluan kemanusiaan yang lain untuk rakyat Iraq yang telah dijejaskan oleh sekatan ekonomi antarabangsa, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus telah digantung jawatannya, dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB diketuai oleh Paul Volcker menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq, dan mengesyorkan bahawa kekebalan PBBnya ditarik balik untuk membolehkan penyiasatan jenayah. [9]

Di bawah naungan PBB, minyak Iraq yang bernilai melebihi AS$65 bilion telah dijual dalam pasaran dunia. Secara rasminya, lebih kurang AS$46 bilion telah dipergunakan untuk keperluan kemanusiaan, dan wang yang terlebih digunakan untuk:

membayar pampasan Perang Teluk melalui Tabung Pampasan;
kos pentadbiran dan pengendalian PBB untuk Program ini (2.2%); dan
kos untuk rancangan pemeriksaan senjata (0.8%).
Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranananya dalam skandal ini.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kegiatan_dan_kritikan_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu"

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

PBB Empty Penjaga pengaman

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:49 am

[sunting] Penjagaan keamanan
Pengaman-pengaman dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja bertamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat perjanjian keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar tempur daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pengasas-pengasas PBB mempunyai harapan yang tinggi bahawa PBB dapat bertindak untuk mengelakkan segala pertikaian antara negara-negara dan menyebabkan peperangan tidak mungkin melalui prinsip "keselamatan bersama". Harapan-harapan itu masih belum dapat dicapai dengan sepenuhnya. Semasa Perang Sejuk (dari kira-kira 1947 sehigga 1991), pembahagian dunia kepada kem-kem yang bermusuhan menyebabkan perjanjian penjagaan keamanan terlalu susah. Selepas penamatan Perang Sejuk, terdapatnya permintaan baru supaya PBB menjadi agensi untuk mencapai keamanan dan kerjasama sejagat kerana beberapa dozen pertikaian tentera masih berterusan di sekeliling dunia. Tetapi keruntuhan Kesatuan Soviet juga meninggalkan Amerika Syarikat dalam kedudukan dominans di dunia yang unik, dan mewujudkan pelbagai cabaran yang baru kepada PBB.

Operasi penjagaan keamanan PBB dibiayai oleh taksiran, melalui rumusan yang diperoleh daripada skala yang biasa, tetapi termasuk bayaran tokok untuk kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan ataupun menolak sebarang operasi penjagaan keamanan. Bayaran tokok ini bertindak untuk mengimbangkan kadar taksiran terdiskaun bagi negara-negara kurang maju. Pada Disember 2000, PBB menyemak semula skala kadar taksiran bagi peruntukan biasanya dan untuk penjagaan keamanan. Skala untuk penjagaan keamanan direka bentuk untuk disemak semula setipa enam bulan dan diunjurkan berhampiran 27% pada tahun 2003. Amerika Syarikat bermaksud membayar taksiran penjagaan keamanan pada kadar yang lebih rendah. Ia telah meminta penggubalan undang-undang daripada Kongres Amerika Syarikat untuk dapat membayar pada kadar-kadar ini serta untuk membuat bayaran untuk tunggakannya.

Jumlah perbelanjaan PBB untuk penjagaan keamanan mencapai puncaknya antara 1994 dan 1995; pada akhir tahun 1995, jumlah kos ialah melebihi AS$3.5 bilion. Jumlah kos penjagaan keamanan PBB bagi tahun 2000 adalah di lingkungan AS$2.2 bilion, termasuk operasi yang dibiayai daripada peruntukan PBB yang biasa serta peruntukan penjagaan keamanan.

Pasukan-pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Nobel untuk Keamanan" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Jeneral Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usahanya untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingkat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingkat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

PBB Empty Hak asasi manusia

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:51 am

[sunting] Hak asasi manusia
Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang. Salah satu matlamat yang awal ialah penciptaan rangka undang-undang untuk mempertimbangkan dan bertindak ke atas sebarang sungutan mengenai pencabulan hak asasi manusia.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, walaupun tidak mengikat dari segi undang-undang, telah diterima oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1948 sebagai piawai pencapaian yang umum untuk semua ahli.

Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia ialah pegawai yang bertanggungjawab kepada segala kegiatan hak asasi manusia PBB.

PBB dan agensi-agensinya memainkan peranan yang utama dalam pendukungan dan pelaksanaan prinsip-prinsip yang disemadikan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka. PBB membantu untuk mempertingkatkan kesedaran konsep hak asasi manusia melalui waad dan perhatian kepada pelanggaran yang khusus melalui ketetapan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan ataupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


[sunting] Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa
Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. Kekadangnya, pekerja-pekerja bantuannya telah diserang.

Maklumat lanjut: [[Serangan pada pekerj-pekerja kemanusian]]
PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat-matlamat Perkembangan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

Tiap-tiap tahun, PBB menerbitkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang merupakan indeks perbandingan untuk mengkadarkan negara mengikut, kemiskinan, [[kenal huruf], pendidikan, jangka hayat, dan faktor-faktor yang lain.

PBB mempromosikan pembangunan manusia melalui pelbagai agensi dan jabatan:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia membasmikan cacar pada tahun 1977 dan kini hampir membasmikan polio.
Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa IMF
Program Alam Sekitar PBB UNEP
Program Pembangunan PBB UNDP
Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaam PBB UNESCO
Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF)
Pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian UNHCR
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur.

PBB juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkahmah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Jeneral Kofi Annan melancarkan Tabung Gerak Balas Kecemasan Pusat (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

PBB Empty Re: PBB

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum