PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pindaan Akta Perihal Dagangan dibentang bulan depan

Go down

Pindaan Akta Perihal Dagangan dibentang bulan depan Empty Pindaan Akta Perihal Dagangan dibentang bulan depan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 2:43 pm

SHAH ALAM 6 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membentangkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 di Dewan Rakyat pada persidangan bulan depan untuk memperkemas lagi peraturan industri halal negara, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Melalui pindaan ini, kementerian boleh mengambil tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan penyalahgunaan logo halal.

“Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan secara bersama dengan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Meneroka Potensi Industri Halal, Peluang dan Cabaran anjuran Maktab Kerjasama Malaysia yang bermula semalam dan berakhir esok.

Beliau berkata, pindaan turut melibatkan skop bidang kuasa penguatkuasaan yang lebih luas dan tidak terhad kepada makanan dan barangan gunaan semata-mata.

"Hanya satu logo halal yang akan diguna pakai kelak iaitu yang dikeluarkan oleh Jakim di mana selepas ini tugas kementerian ialah memastikan sama ada logo halal Jakim yang digunakan palsu ataupun tidak,” tambahnya.

Ismail Sabri berkata, logo-logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam negeri dan syarikat yang dilantik oleh Perbadanan Pembangunan Halal masih lagi boleh diguna pakai sehingga pindaan akta tersebut diluluskan. – Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum