Bursa Mingguan: Purata dagangan harian susut

View previous topic View next topic Go down

Bursa Mingguan: Purata dagangan harian susut

Post  HsianMin (U6B/2010) on Mon May 10, 2010 2:54 pm

Pelabur perlu cari paras sokongan untuk masuk semula pasaran saham

KEBIMBANGAN krisis hutang milik negara di Eropah akan merebak ke negara zon Euro lain yang lemah, disertai langkah China mengetatkan kredit di negara itu yang membawa kepada kejatuhan pasaran serantau. Keadaan sama turut dialami Bursa Malaysia yang mengakibatkan penurunan harga saham minggu lalu.

Minggu lalu, penanda aras saham mewah, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) jatuh 13.49 mata atau satu peratus lebih rendah kepada 1,332.89, dengan kerugian pada kaunter Sime Darby (-21 sen), Maybank (-11 sen), Genting Bhd (-16 sen) dan Public Bank (-12 sen) mewakili hampir 60 peratus daripada kejatuhan indeks.

Purata dagangan harian menyusut kepada 847.5 juta saham tetapi nilai dagangan meningkat kepada RM1.4 bilion, berbanding 878.9 juta saham bernilai RM1.14 bilion pada minggu sebelumnya.

Tindakan lambat Kesatuan Eropah (EU) dan Bank Pusat Eropah (ECB) dalam menangani krisis hutang Greece membawa kepada penurunan penarafan kredit bukan saja kepada negara itu tetapi turut merangkumi Sepanyol dan Portugal.

Memandangkan ECB masih belum membuat sebarang keputusan termasuk berhubung langkah mengekalkan pemberian pinjaman di rantau itu dan kebimbangan krisis akan merebak, menyebabkan nilai mata wang Euro jatuh hampir 12.5 peratus berbanding paras tertingginya tahun ini pada 1.458 Euro berbanding dengan AS$1.

Meskipun Suruhanjaya Eropah bercadang meletakkan agensi penarafan global di bawah pengawasan pihak berkuasa pasaran sekuriti Eropah yang baru dan agensi kredit Eropah boleh memberikan nasihat dalam perkara itu, ia tidak menjamin negara terbabit tidak akan diberikan penarafan lebih rendah jika mereka tidak mengambil langkah perlu mengawal daripada berlakunya bajet defisit.
Hakikatnya, sekali pun masalah ini berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat, ia akan kembali menghantui jika Greece gagal mencapai sasaran bajet defisit pada 4.9 peratus pada 2013.

Selain itu, jika negara Eropah yang lain seperti Sepanyol, Portugal, Itali dan Ireland yang turut menghadapi masalah serupa berada pada tahap situasi sama seperti Greece, kajian semula untuk mengekalkan EU hanya sebagai sekadar sebuah zon ekonomi tanpa mempunyai mata wang yang sama mungkin timbul.

Meskipun dolar yang lebih kukuh menggembirakan pengeksport Malaysia, ia adalah sesuatu yang tidak baik kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baru saja hendak pulih.

Dengan insentif cukai bagi rumah sedia ada di AS berakhir pada April lalu dan harga rumah masih lemah, pemulihan dalam pasaran buruh perlu dikekalkan.
Memandangkan isu semasa ini adalah rumit, pasaran dijangka terus tidak menentu dalam masa terdekat.

Justeru, pelabur dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, tetapi kekal kepada kaunter yang mempunyai asas yang kukuh.

Dengan KLCI dijangka jatuh kepada fasa pembetulan dalam tempoh beberapa minggu akan datang disebabkan faktor luaran yang terus tidak menentu terutama apa yang berlaku di Eropah, pelabur perlu mencari paras sokongan untuk memasuki semula pasaran.

Pasaran sokongan serta-merta yang penting ialah pada 1,320.

Dari segi strategi dagangan pula, pelabur dinasihatkan supaya membeli saham mewah seperti Axiata, Gamuda, Genting Bhd, Genting Malaysia, IOI Corp dan Public Bank dan kemudian cuba membuat keuntungan atau menjual ketika rali peningkatan yang lebih tinggi dalam jangka sederhana.

Saham lebih murah seperti pengeluar sarung tangan getah Adventa, Latexx dan Supermax adalah lebih menarik untuk dibeli ketika harganya berada pada paras lebih rendah untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka panjang.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum