PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

3 posters

Go down

Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik Empty Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

Post  Kar Yung (U6A/2010) Wed Apr 21, 2010 5:06 pm

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lepas bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal yang dicadangkan pindaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima maklumbalas daripada Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut.

Tiga fasal yang akan digugurkan ialah Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran.

Fasal 22, bagi menaikkan had umur kelayakan memohon lesen memandu daripada 16 ke 17 tahun dan Fasal 46 yang menaikkan kadar kompaun maksimum daripada RM300 kepada RM1,000.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Mohamed Nazri berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan semula untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual Jun ini.

"Selepas berunding dengan pihak dewan dan mendapat pengesahan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Whip (Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka kita buat keputusan untuk menarik balik pindaan ini dan akan dibawa balik dalam persidangan akan datang,” katanya.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik Empty Re: Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

Post  PnLeela Thu Apr 22, 2010 5:55 pm

Hi kelas

Walaupun buat masa ini, perkara ini mungkin akan dipinda, tetapi kita masih boleh lihat implikasnya...

1. Apakah pandangan aanda tentang kenaikan kompaun dari RM 300 ke RM 1000.
2. Menaikkan umur mendapat lesen kereta dpd 16 ke 17?

Hanya satu isi untuk setiap soalan
tarikh tutup: 26 April 2010
pemenang akan diberi hadiah

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik Empty Re: Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

Post  leeyoong_U6B Sat Apr 24, 2010 9:57 am

1) Saya berpendapat bahawa kenaikan kompaun dari RM 300 ke RM 1000 dapat memastikan semua rakyat akan mematuhi undang-undang dengan lebih serius. Orang ramai akan mematuhi undang-undang jalan raya pada setiap masa. Mereka akan memandu dengan cermat bagi mengelakkan diri dikenakan saman oleh polis trafik. Ini merupakan salah satu kaedah terbaik bagi mengurangkan masalah peningkatan kesalahan jalanraya.

2) Menaikkan umur mendapat lesen kereta daripada umur 16 ke 17 dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya secara tidak langsung. Memang tidak dinafikan bahawa pemikiran yang lebih matang akan diperolehi pemandu yang lebih berumur. Mereka akan lebih prihatin dan memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain. Dengan ini, mereka akan memandu kereta dengan lebih cermat dan bukanlah memandu sesuka hati.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik Empty Re: Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum