PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibent

Go down

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibent Empty Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibent

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed Dec 16, 2009 3:15 pm

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang menyediakan peruntukan bagi mengenakan dan memungut cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 201 fasal dan 18 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang itu akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang pada masa ini dikenakan dan dipungut di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
Menurut rang undang-undang itu, cukai barang perkhidmatan ialah suatu cukai kepenggunaan berasas luas yang berdasarkan konsep nilai tambah.

Berbeza dengan cukai jualan ketika ini yang merupakan cukai seperingkat, cukai barang dan perkhidmatan ialah cukai berperingkat, dan pembayaran cukai dibuat dalam berbilang peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

Rang undang-undang berkenaan juga menyatakan bahawa cukai itu sendiri bukan suatu kos kepada perantara dan tidak ditunjukkan sebagai butiran perbelanjaan dalam penyata kewangannya.

Menurut rang undang-undang itu, CBP meliputi semua sektor industri dan ialah suatu cukai ke atas penggunaan terakhir barang dan perkhidmatan, dan ia dipungut melalui suatu sistem kredit yang ditanggung atas input diimbangkan terhadap CBP yang dikenakan ke atas output.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Husni berkata, kerajaan berharap dapat melaksanakan CBP pada pertengahan 2011 dan menjangkakan dapat meraih pendapatan RM13 bilion dalam tahun pertama pelaksanaannya berbanding RM12 bilion yang dikutip daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang.

Katanya sektor perniagaan dapat menjimatkan RM4.1 bilion dalam bentuk cukai manakala sektor eksport pula dijangka menjimatkan RM1.4 bilion.

"Tujuan utama kerajaan melaksanakan CBP ialah untuk menjadikan sistem percukaian lebih komprehensif, cekap, telus dan mesra perniagaan," katanya.

Ahmad Husni berkata kerajaan akan memberi pengecualian cukai itu bagi barang-barang perlu seperti produk pertanian termasuk padi dan sayur-sayuran serta bahan makanan utama seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam agar ia tidak membebankan rakyat terutama golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata CBP akan dapat mengurangkan amalan birokrasi dalam pengurusan dan pentadbiran sistem percukaian dan mengatasi kelemahan yang kini terdapat dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Ahmad Husni berkata syarikat yang berpendapatan RM500,000 dan ke bawah setahun akan dikecualikan daripada mengenakan CBP manakala 70 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana akan juga dikecualikan.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibent Empty Re: Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 dibent

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed Dec 16, 2009 4:47 pm

cikgu, saya nak tanya apa ialah konsep nilai tambah????? confused

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum