Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

View previous topic View next topic Go down

Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) on Tue Dec 22, 2009 8:38 am

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi Malaysia kini di persimpangan kritikal iaitu terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana atau mencapai status berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, perubahan struktur ekonomi sangat perlu dilakukan pada peringkat ini bagi mengelakkan Malaysia terperangkap dalam kedudukan negara berpendapatan sederhana.

Menurutnya, persaingan dari segi pengeksportan dalam sektor pembuatan yang secara tradisinya membantu mengerakkan ekonomi negara ini kini berdepan persaingan amat sengit.

"Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesuatu yang wajib ke atas kita menerima perubahan dan berubah.

"Ia melibatkan perubahan terhadap ekonomi kita dengan bergerak ke atas rantaian aktiviti ekonomi bagi mewujudkan pekerjaan dengan upah lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Najib berkata, untuk Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, ekonominya perlu dipacu sektor perkhidmatan.

Jelas beliau, kerajaan meramalkan sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dengan berkembang 3.6 peratus pada tahun hadapan
avatar
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

Post  yeow_U6A/2010 on Tue Dec 22, 2009 2:01 pm

pada pendapat saya, walaupun kerajaan meramalkan sektor perkhidmatan merupakan pemacu utama untuk masa hadapan tetapi kerajaan tetap belum mewujudkann cara yang strategik untuk mencapai wawasan 2020 dengan menyeluruh selain dari segi ekonomi.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Post  imran on Thu Dec 24, 2009 4:02 am

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini. pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

imran

Posts : 3
Join date : 2009-12-24

View user profile

Back to top Go down

SARAWAK CORRIDOR OF RENEWBLE ENERGY (SCORE).

Post  imran on Thu Dec 24, 2009 4:13 am

Konsep pembangunan SCORE merangkumi enam strategi pembangunan SARAWAK dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) iaitu membangunkan modal insan dan keupayaan Penyelidikan & Pembangunan, mempercepatkan pembangunan di luar bandar, mempergunakan sumber tenaga, membawa peranan sektor swasta, mempertingkatkan kualiti kehidupan dan memperbaiki jentera perlaksanaan dan sistem penyampaian. SCORE terletak dalam wilayah tengah SARAWAK menjajar sejauh 320 km pesisiran pantai dari TANJUNG MANIS ke SIMILAJAU dan daratan yang menjangkau kawasan yang begitu luas hingga ke pendalaman. Koridor tersebut meliputi kawasan seluas 70,709 km persegi dengan populasi seramai 607,800 orang. Bandar-bandar dan pekan-pekan utama di dalam SCORE terdiri daripada SIBU, BINTLU, MUKAH, SARIKEI dan KAPIT. namun terdapat jangkaan-jangkaan implikasi daripada pembangunan score ini iaitu:-
1. masalah tanah yang terpaksa digunakan
2. masalah alam sekitar
3. pemusnahan hutan
4. kebanjiran pekerja-pekerja asing
5. isu keselamatan
6. bencana alam

imran

Posts : 3
Join date : 2009-12-24

View user profile

Back to top Go down

Re: Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

Post  imran on Thu Dec 24, 2009 4:17 am

yeow_L6A wrote:pada pendapat saya, walaupun kerajaan meramalkan sektor perkhidmatan merupakan pemacu utama untuk masa hadapan tetapi kerajaan tetap belum mewujudkann cara yang strategik untuk mencapai wawasan 2020 dengan menyeluruh selain dari segi ekonomi.
saya bersetuju dengan pendapat yeow_L6A kerana kerajaan kini dilihat semakin keliru dalam menjana ekonomi negara ke tahap yang yang lebih stabil. diharap "model ekonomi baru" yang akan diperkenalkan oleh PM tidak lama lagi akan dapat membantu perkembangan ekonomi ke tahap yang lebih baik serta mencapai wawasan 2020 kelak.

imran

Posts : 3
Join date : 2009-12-24

View user profile

Back to top Go down

Re: Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum