PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan tarik balik Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan

Go down

Kerajaan tarik balik Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan Empty Kerajaan tarik balik Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan

Post  yeeleng(L6A) Wed Apr 21, 2010 12:37 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lalu bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal yang dicadangkan pindaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata tindakan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang tidak bersetuju dengan beberapa pindaan berkenaan. Tiga fasal yang akan digugurkan ialah Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran; Fasal 22 bagi menaikkan had umur kelayakan memohon lesen memandu daripada 16 ke 17 tahun dan Fasal 46 yang menaikkan kadar kompaun maksimum daripada RM300 kepada RM1,000. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Mohamed Nazri berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan semula untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual Jun ini.

"Selepas berunding dengan pihak dewan dan mendapat pengesahan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Ketua Whip (Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka kita buat keputusan untuk menarik balik pindaan ini dan akan dibawa balik dalam persidangan akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon agar kerajaan menimbang semula dan memperhalusi pindaan akta berkenaan bagi menepati aspirasi rakyat.

"Kita telah mengadakan perbincangan selama dua hari dengan JPJ, Kementerian Pengangkutan dan agensi lain dan kita dapati rang undang-undang yang dibentang Isnin lalu tidak begitu mesra rakyat," katanya.
Bung Mokhtar berkata pihaknya akan terus berbincang dengan JPJ dan agensi berkaitan untuk memperhalusi pindaan ke atas akta berkenaan supaya tidak dilihat sebagai membebankan rakyat.

BNBBC turut mencadangkan agar JPJ mengadakan rundingan dengan orang awam untuk mendengar pendapat dan cadangan rakyat sebelum dibentangkan semula di Parlimen.

Wakil pembangkang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) hari ini turut menggesa kerajaan meneliti semula pindaan akta berkenaan dan berunding dengan semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa dan pakar-pakar perundangan.

Bung Mokhtar dan Guan Eng turut bersetuju bahawa sebuah Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada pelbagai anggota diwujudkan bagi membincangkan perkara berkenaan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum