PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nik Aziz minta PM tarik balik kenyataan beliau hina Sultan S

Go down

Nik Aziz minta PM tarik balik kenyataan beliau hina Sultan S Empty Nik Aziz minta PM tarik balik kenyataan beliau hina Sultan S

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 04, 2010 2:22 pm

2010/05/04
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta Perdana Menteri menarik balik kenyataan terbukanya yang mengatakan beliau mengingkari perintah dan menghina Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Mursyidul Am Pas itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian nasional pada 25 April, adalah suatu pandangan bertujuan melaga-lagakan beliau dengan pihak Istana Selangor.
Beliau juga mendakwa akhbar itu memfitnahnya dalam sebuah laporan sehari sebelum itu bahawa beliau telah mempertikai larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.
"Saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka kerana fitnah itu telah dibuat secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan masjid di negeri Selangor tidak digunakan oleh sebarang mana pihak untuk tujuan politik, bagi memelihara perpaduan ummah.

Nik Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah membuat kenyataan yang mempertikai perintah Sultan Selangor tersebut. Beliau berada di Hulu Selangor untuk membantu kempen calon pembangkang.

"Saya tidak pun memberi respons dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan," katanya. - Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum