Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta

View previous topic View next topic Go down

Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta

Post  yeeleng(L6A) on Thu Jul 15, 2010 1:25 pm

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.
Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak mengikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas ketika menarik kenderaan akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.

“Pindaan akta ini akan lebih melindungi pengguna yang terbabit dengan perjanjian sewa beli dan pada masa sama mengelak tindakan ganas penarik kereta.

“Dengan adanya permit dan pelantikan penarik kereta diluluskan kementerian, kita boleh mengadakan peraturan jelas supaya tindakan keganasan penarik kereta dapat dielakkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 di Parlimen, semalam.
Dewan kemudian meluluskan rang undangundang itu menerusi undian suara.

Akta Sewa Beli 1967 pernah dipinda pada 1968, 1969, 1975, 1976 dan kali terakhir pada 1992 bertujuan diperbaiki kelemahannya.

Peraturan sebelum ini membolehkan pemilik kenderaan iaitu institusi kewangan menarik kenderaan penyewa yang gagal membayar satu pertiga daripada ansuran bulanan tanpa perlu mendapat kebenaran mahkamah.

Penarik kereta juga boleh menarik sesuka hati kenderaan pengguna selepas mendapat arahan institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan terkandung dalam akta sedia ada tidak memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna, malah menyebabkan kerugian besar kepada pemilik kenderaan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum