PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Miliki barang cetak rompak sama dengan miliki barang curi?

Go down

Miliki barang cetak rompak sama dengan miliki barang curi? Empty Miliki barang cetak rompak sama dengan miliki barang curi?

Post  Kar Yung (U6A/2010) Mon May 10, 2010 3:00 pm

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 bagi menjadikan kesalahan memiliki barang cetak rompak sama dengan kesalahan memiliki barang curi, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pindaan itu, yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, bakal memperkemaskan peruntukan sedia ada selain memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa memiliki bahan cetak rompak sama seperti memiliki barangan curi.

"Rakyat harus tahu yang salah tetap salah dan sekiranya kita sedar membeli barangan curi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kita.

“Cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) haram adalah barangan curi,” katanya semasa berucap ketika melancarkan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 di sini hari ini.

Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, membanteras cetak rompak di kompleks beli-belah dan premis perniagaan, menyekat muat turun daripada Internet secara haram serta melemahkan sindiket cetak rompak.

Beliau berkata, sejak tahun 2005 sehingga April lepas, sebanyak 5,561 kes cetak rompak telah diambil tindakan melibatkan penyitaan CD, DVD dan VCD dan peralatan membuatnya yang bernilai RM275 juta.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum