PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rompak bank guna bom

Go down

Rompak bank guna bom Empty Rompak bank guna bom

Post  TioYouLing(L6A/12) Wed Aug 15, 2012 5:45 pm

Alor Gajah: Sebuah bank di Masjid Tanah di sini, hampir musnah dibom sekumpulan lelaki yang dipercayai mahu melarikan wang dari mesin juruwang automatik (ATM), awal pagi semalam.

Kejadian di Taman Bandar Baru, ketika kebanyakan penduduk perumahan itu bersedia untuk bersahur, kira-kira jam 3.30 pagi disedari selepas terdengar letupan kuat. Penduduk, Mohd Nazirul Mohd Nor, 26, yang tinggal berhampiran lokasi berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat itu yang pada mulanya disangka guruh.
“Saya sedang berbual dengan abang, Mohd Nizam, 33, sementara menantikan waktu sahur sebelum tiba-tiba rumah kami bergegar akibat letupan itu.
“Saya meluru keluar dan melihat struktur bank itu hampir musnah. Serpihan kaca pecah berselerak di kawasan bank,” katanya ketika ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, siasatan awal mendapati, empat lelaki menunggang dua motosikal cuba merompak bank berkenaan menggunakan bahan letupan bagi melarikan wang dari mesin ATM.

“Mereka dipercayai mensasarkan tiga mesin (ATM) di situ dengan dua daripadanya adalah mesin pengeluaran wang dan satu lagi mesin deposit tunai, namun letupan kuat itu menyebabkan penjenayah berkenaan melarikan diri,” katanya.

Pada pendapat saya, pihak polis perlu menlakukan rondaan di kawasan tersebut khususnya pada waktu malam supaya kes jenayah dapat dikurangkan dan ditangani dengan segera serta mengurangkan ketakutan rakyat semasa berada di luar.

TioYouLing(L6A/12)

Posts : 2
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum