PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

4 posters

Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  keat sin (U6A) Sat May 01, 2010 11:45 am

PUTRAJAYA 30 April - Sebanyak RM17.3 juta nilai barangan cetak rompak dirampas bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini menerusi 346,718 penguatkuasaan di seluruh negara.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayudin berkata, nilai rampasan tersebut termasuk perisian dan perkakasan komputer bernilai RM1.3 juta.

''Ia meliputi 124 buah komputer bernilai RM350,000 dan 297 salinan perisian disyaki cetak rompak dengan nilai pasaran RM984,945 melibatkan 18 penguatkuasaan.

''Bagaimanapun ia berbeza pada tahun lepas iaitu sebanyak 42 tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan 323 komputer bernilai RM935,000 dan 2,590 salinan perisian disyaki cetak rompak bernilai RM11.4 juta dirampas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Roslan berkata, penggunaan perisian cetak rompak dikenal pasti digunakan secara berleluasa dalam pelbagai industri termasuk pengangkutan, senibina, pengurusan acara dan pameran, kafe siber termasuk pembelajaran pertahanan serta penerbangan secara talian.

Justeru, pengarah dan pengurus kanan syarikat digesa memastikan semua aspek perniagaan mereka termasuk penggunaan perisian mengikut undang-undang.

''Mengikut Akta Hakcipta 1987, syarikat dan pengarah syarikat yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan perisian cetak rompak yang dimiliki atau hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

''Masalah cetak rompak ini bukan sahaja mengurangkan keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di negara ini, malah ia juga tidak akan menggalakkan kreativiti anak tempatan kerana mereka takut apa yang dicipta mereka dicetak rompak dan orang lain yang mendapat hasilnya," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  Khang Wei (U6B/2010) Mon May 03, 2010 12:23 pm

Gejala menjual cetak rompak telah menjadi "trend" di negara ini. Banyak orang akan memilih untuk membeli cetak rompak berbanding dengan "zheng ban" (BM and english how to say ?). Punca perkara ini berlaku adalah disebabkan negara tidak mengambil langkah yang tegas untuk membanteras gejala ini.
Jika pihak kerajaan lebih kerap melakukan "sport check" (BM how to say?) di pelbagai syarikat untuk menyemak sama ada syarikat itu memiliki apa-apa bahan cetak rompak.
Langkah ini dipercayai dapat mengurangkan gejala ini dengan berkesan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  leeyoong_U6B Mon May 03, 2010 4:04 pm

Khang Wei (L6B/2009) wrote: "zheng ban" (BM and english how to say ?).
CD atau DVD yang tulen

Khang Wei (L6B/2009) wrote:
"sport check" (BM how to say?)
pemeriksaan yang terdadak? saya tidak pasti.... confused
Ada apa jawapan yang lebih tepat?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 04, 2010 12:14 pm

leeyoong_U6B wrote:
Khang Wei (L6B/2009) wrote: "zheng ban" (BM and english how to say ?).
CD atau DVD yang tulen



Khang Wei (L6B/2009) wrote:
"sport check" (BM how to say?)
pemeriksaan yang terdadak? saya tidak pasti.... confused
Ada apa jawapan yang lebih tepat?

Tulen? bukan asal ?
Kes ini merangkumi pelbagai bahan cetak rompak, bukan CD dan DVD sahaja.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 04, 2010 2:15 pm

Terlebih dahulu, tiada undang-undang yang tegas dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Disebabkan hukuman yang dikenakan kurang berat, maka lebih banyak orang berani untuk menjual atau membeli barang-barang cetak rompak. Pemeriksaan kejutan juga kurang dilakukan oleh pihak berkuasa mengakibatkan kes-kes cetak rompak semakin meningkat setiap tahun.

Selain itu, harga murah produk cetak rompak juga merupakan punca orang ramai membeli bahan cetak rompak. Berbanding dengan harga bahan tulen, harga produk cetak rompak adalah lebih murah. Sifat orang ramai yang menyukai barang yang murah menyebabkan kes cetak rompak sukar dibendungkan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  leeyoong_U6B Sat May 08, 2010 6:44 am

[quote="Khang Wei (L6B/2009)"]
leeyoong_U6B wrote:
Khang Wei (L6B/2009) wrote: "zheng ban" (BM and english how to say ?).
CD atau DVD yang tulen

Khang Wei (L6B/2009) wrote:Tulen? bukan asal ?

Tulen bermaksud bukan tiruan.... asli...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 9:32 am

Kegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pengeluar dan penghasil yang sah. Penulis buku dan artis seni bersusah payah untuk menghasilkan satu karya seni. Malangnya, mereka tidak menikmati pulangan yang lumayan disebabkan kegiatan cetak rompak.

Iklim perlaburan Malaysia akan terjejas akibatnya kegiatan cetak rompak. Pelabur-pelabur asing berasa kurang selamat unutk melabur di Malaysia disebabkan kegiatan cetak rompak yang serius di negara kita. Mereka takut hasil usaha mereka dicetak rompak dan ini boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar. Mereka lebih berminat untuk melabur di negara yang mempunyai kawalan ketat terhadap kegiatan cetak rompak.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas Empty Re: RM17.3 juta barang cetak rompak dirampas

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum