PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar jangan main mercun

Go down

Pelajar jangan main mercun Empty Pelajar jangan main mercun

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Aug 25, 2010 7:34 am

PADANG BESAR 24 Ogos - Para pelajar terutama semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini diberi amaran agar tidak bermain mercun kerana dikhuatiri mengalami kecederaan menjelang peperiksaan itu yang akan bermula 21 September ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Mansor Lat ketika membuat gesaan itu berkata, beliau tidak mahu melihat ada calon UPSR di negeri ini yang tersenarai dalam kumpulan mangsa mercun, bunga api atau mercun buatan sendiri menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

"UPSR semakin dekat. Saya tidak mahu ada calon yang gagal menduduki peperiksaan berkenaan dengan sempurna kerana menderita disebabkan bermain mercun atau bunga api," ujarnya.

Sehubungan itu, Mansor turut mengingatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak yang masih di bangku sekolah tidak bermain mercun kerana dibimbangi cedera parah atau maut ekoran terlalu ghairah bermain mercun ketika cuti penggal dan hari raya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa, Anugerah Murid Cemerlang Sekolah-Sekolah Parlimen Padang Besar dan Penyerahan Zakat Bank Rakyat di Pusat Kokurikulum JPN di Tasoh di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar dan Sumber Asli dan Penguatkuasaan negeri, Mat Rawi Kassim.

Pada majlis itu, 87 orang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 bagi peperiksaan UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, enam murid yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Chuping, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Air menerima netbook bagi membantu meningkatkan kecemerlangan mereka dalam akademik.

Wang zakat Bank Rakyat yang berjumlah RM101,600 pula diagihkan kepada 2,032 murid yang layak daripada 91 buah sekolah di negeri ini.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar jangan main mercun Empty 17 orang ditahan kerana jual mercun dan bunga api

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Aug 25, 2010 7:38 am

ALOR SETAR 24 Ogos - Seramai 17 penduduk negeri ini ditahan kerana memiliki dan menjual mercun serta bunga api sejak 10 Ogos lalu sehingga semalam, termasuk 12 daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Polis negeri, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, lima orang akan didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Letupan 1957, 10 orang telah didakwa di bawah Seksyen 8 dan dua lagi Seksyen 14(2) akta sama.

Beliau berkata, Seksyen 4 akta itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, Seksyen 8 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pada hari pertama Ramadan saya telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengadu mengenai kegiatan penjualan bunga api dan mercun daripada seorang kenalan di kawasan perumahannya di sini.

"Semua aduan yang dibuat telah diambil tindakan tetapi nampaknya kegiatan itu masih berlaku. Malah ada tidak serik dan selepas saja mercun dirampas, mereka membuka meja baru untuk menjual semula," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberi amaran akan terus menahan sesiapa saja yang melakukan kesalahan itu.

"Sudah banyak amaran diberikan. Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan. Mereka yang ditahan akan didakwa di mahkamah dan ada kes, hakim telah menjatuhkan hukuman denda yang tinggi terhadap pesalah," ujarnya.

Syed Ismail memberitahu, dalam kes terbaru, polis merampas mercun dan bunga api bernilai RM10,000 ketika melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Batu 8 Kampung Baru, Jalan Kodiang dekat Changlun, semalam.

Katanya, pemeriksaan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang diketuai Cif Inspektor Muhamad Shahran Termizi kira-kira pukul 5 petang.

"Pada mulanya polis mendapat maklumat pemandu teksi berusia 39 tahun yang berada di rumah itu ialah pengedar dadah,'' katanya.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di sebuah stor belakang rumah berkenaan menemui enam guni yang mengandungi mercun dan bunga api," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah dan lelaki itu juga mempunyai dua rekod kesalahan dadah.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar jangan main mercun Empty Mercun RM412,000 dirampas

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Aug 25, 2010 7:40 am

PETALING JAYA 24 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan merampas 425 kotak mercun dan bunga api bernilai hampir RM412,000 selepas menahan sebuah treler yang sarat dengan muatan barang larangan itu di Plaza Tol Changkat Jering di Taiping, Perak kelmarin.

Kejayaan itu hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan yang berjaya mengesan kedudukan kenderaan sepanjang 12 meter itu diletakkan di tepi jalan berhampiran plaza tol tersebut.

Bagaimanapun, ketika serbuan pada pukul 11 malam, pemandu atau kelindan treler itu tiada.

Pemeriksaan yang dilakukan kemudian menemui 425 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api, kebanyakannya buatan negara China.

Treler itu dikatakan dalam perjalanan dari utara ke selatan.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JKDM Wilayah Persekutuan, Jaafar Mat Jawi berkata, kejayaan yang dicapai kelmarin merupakan rampasan terbesar pihaknya untuk tahun ini.

Menurut beliau, siasatan awal pihaknya mendapati, mercun dan bunga api dibawa masuk dari Thailand untuk diedarkan di pasaran tempatan, terutamanya Lembah Klang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Berikutan kejayaan itu, kami menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan syarikat atau individu yang menjadi dalang di sebalik kegiatan penyeludupan dan pengedaran mercun serta bunga api ini.

"Sebagai permulaan, kita telah merampas beberapa dokumen berkaitan seperti invois penghantaran yang ditemui dalam treler tersebut. Ia mungkin boleh membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat JKDM Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya hari ini.

Jaafar memberitahu, pihaknya turut menyiasat bagaimana mercun sebanyak itu boleh melepasi kawalan pihak berkuasa di sempadan dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup masuk secara berperingkat sebelum dikumpul kesemuanya untuk penghantaran.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu dengan berpengetahuan membawa barangan larangan Kastam.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak lebih 20 kali ganda nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pemerhatian Utusan Malaysia mendapati treler tersebut adalah milik sebuah syarikat yang beralamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dalang yang bertanggungjawab dalam kegiatan haram ini ternyata amat berani kerana kesemua kotak-kotak berisi mercun itu langsung tidak disorok bersama barangan lain, cuma ia dilindungi dengan kain kanvas.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar jangan main mercun Empty Re: Pelajar jangan main mercun

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum