PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barangan tiruan Piala Dunia dirampas

Go down

Barangan tiruan Piala Dunia dirampas Empty Barangan tiruan Piala Dunia dirampas

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:48 pm

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas lebih 500,000 barangan berjenama tiruan kebanyakannya membabitkan barangan sukan khusus untuk Piala Dunia bernilai kira-kira RM1.3 juta di Bukit Indah, di sini semalam.

Antara barangan dirampas daripada lima premis kedai itu, jersi bola sepak Nike dan Adidas; kasut Crocs, seluar Levi's dan cenderamata khusus untuk Piala Dunia.
Pengedar terbabit juga cuba melindungi kegiatan apabila menyediakan satu pintu keluar masuk ke semua empat premis kedai dua tingkat yang bersambung antara satu sama lain dan menempatkan sembilan stor untuk penyimpanan dan penghantaran barangan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa yang juga Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Abdul Hamid Abu Bakar, berkata pihaknya bersama 10 anggota menyerbu premis itu kira-kira jam 9 pagi selepas menjalankan intipan selama sebulan.

Katanya, KPDNKK tidak menyangka premis berkenaan bersambung dan ada 14 sistem kamera litar tertutup dipasang pemiliknya selain pada bahagian luar ditampal pelekat 'untuk disewa' bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kita percaya sebahagian besar barangan ini untuk pasaran sempena Piala Dunia,” katanya di sini, semalam.

Rampasan itu dipercayai yang terbesar setakat ini dan ia mungkin diimport. Katanya, pihaknya menahan dua lelaki dipercayai pekerja di premis terbabit berusia lingkungan 38 tahun.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata pihaknya meningkatkan operasi membanteras penjualan barangan tiruan pelbagai jenama termasuk jersi pasukan bertanding sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang bermula Sabtu ini.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum