PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Guna kamera telefon rakam kesalahan trafik: JPJ Kelantan

Go down

Guna kamera telefon rakam kesalahan trafik: JPJ Kelantan Empty Guna kamera telefon rakam kesalahan trafik: JPJ Kelantan

Post  yeeleng(L6A) Sun Mar 21, 2010 5:05 pm

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta orang ramai yang memiliki telefon mudah alih kamera atau kamera biasa supaya merakamkan gambar pengguna yang melakukan kesalahan trafik.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim, berkata kesalahan trafik yang dirakamkan itu boleh dihantar melalui laman web JPJ, aduantrafik@jpj.gov.my.
“Laman web itu disediakan sejak Operasi Sikap ke-XXI sempena Tahun Baru Cina yang diadakan awal tahun ini. "Kita mahu mereka (pengguna jalan raya) merasa cuak dengan keadaan sekeliling. Mereka akan rasa diperhatikan dan berfikir beberapa kali jika berhasrat melakukan kesalahan trafik, ini akan membantu mengurangkan kesalahan yang selalu mereka lakukan," katanya.

Sehingga kini, JPJ Kelantan ada menerima banyak kesalahan bergambar yang dirakamkan orang awam, bagaimanapun pihaknya menyifatkan sambutannya masih kurang.

"Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk menghantar gambar kesalahan tersebut, jadi pihak kami berharap selepas ini kerjasama daripada mereka (orang awam) mampu membantu kami menjalankan tugas dan membolehkan bukti kesalahan dikenal pasti," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak JPJ juga masih meneruskan Operasi Penyamaran di kawasan tumpuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum