Budaya makan waktu malam punca obesiti

View previous topic View next topic Go down

Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  keat sin (U6A) on Wed May 05, 2010 12:18 pm

TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan.

Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.

Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.

Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.

Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  keat sin (U6A) on Wed May 05, 2010 12:22 pm

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.

Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.

"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti
," katanya.

Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.

Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.

Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.

Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  keat sin (U6A) on Wed May 05, 2010 12:25 pm

Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.

Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.

''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.

"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.

''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.

''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.

''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.

''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.

"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.

Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  lee kah yent(L6A) on Thu May 06, 2010 11:52 am

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Oh, lain kali lebih baik makan ayam goreng berbanding dengan roti canai kerana kalorinya lebih rendah. Laughing

lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Berhenti Makan DAGING!

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Thu May 06, 2010 1:29 pm

Lingkungan Alasan:

»» Perlu 22.000 liter air untuk menghasilkan 1 kg daging berbanding dengan 200 liter air diperlukan untuk menghasilkan 1 kg gandum.
»» 1 kalori dari sayur dihasilkan dengan menggunakan 3 kalori bahan bakar fosil di mana 1 kalori daging lembu dihasilkan menggunakan 35 kalori bahan api fosil.
»» 86 Mega tan karbon dioksida dihasilkan kerana pengeluaran daging berbanding dengan Mega 48 tan karbon dioksida yang dihasilkan kerana kereta di Australia.
»» Untuk setiap burger yang berasal dari haiwan yang dibesarkan di atas tanah hutan, sekitar 55 kaki persegi hutan telah hancur.

Berkaitan Kesihatan Alasan:

»» Telah dilaporkan oleh Jawatankuasa Doktor anda Perubatan Responsible bahawa vegetarian kurang kemungkinan untuk mendapatkan kanser sebanyak 25% -50%.
»» The kalsium tercuci dari tulang oleh tubuh dalam usaha untuk meneutralkan asid dihasilkan oleh asupan protein terlalu banyak dapat akhirnya membentuk batu ginjal dan batu empedu.
»» Para penyelidik seperti Dr Dean Ornish mempunyai diet vegetarian yang saat ini salah satu dari beberapa program yang telah terbukti untuk membalikkan penyakit jantung
»» Menurut kajian, burung adalah nombor satu sumber makanan penyakit ditanggung. Sekitar 60% dari ayam yang dijual di pasaran dijangkiti dengan bakteria hidup salmonella. Dan 30% dari semua produk daging babi yang tercemar dengan toxoplasmosis. Hal ini meningkatkan risiko penyakit seperti Penyakit Sapi Gila dan penyakit Kaki dan Mulut dari domba atau sapi.
»» Racun dan bahan kimia lain terakumulasi dalam produk daging hingga 14 kali lebih berbanding dengan produk vegetarian. 50% daripada antibiotik yang digunakan di AS digunakan pada haiwan ternakan dan lebih dari 90% dari mereka tidak digunakan untuk merawat jangkitan tapi malah digunakan sebagai promotor pertumbuhan.

Bahkan jika seseorang meninggalkan diet non-vegetarian selama 1 hari, membantu dalam menjimatkan 55 kaki persegi hutan hujan, 11.000 liter air dan 35 kalori bahan bakar fosil atau 60 liter bahan api!!! Jadi sila lakukan sedikit anda dengan berhenti sekurang-kurangnya satu makan non-vegetarian dalam satu hari. Sekarang keputusan ada di tangan anda.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  satoshiash(L6A) on Thu May 06, 2010 2:45 pm

saya tidak rasa makan di malam akan menyebabkan obesiti...
kerana badan saya masih kekal, tidak berubah...

satoshiash(L6A)

Posts : 6
Join date : 2009-09-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  yeow_U6A/2010 on Thu May 06, 2010 2:58 pm

satoshiash(L6A) wrote:saya tidak rasa makan di malam akan menyebabkan obesiti...
kerana badan saya masih kekal, tidak berubah...

Untuk pengetahuan saudara satoshiash, ini mungkin disebabkan metabolism di badan anda terlalu baik oleh itu kesan obesiti tidak begitu ketara berlaku ke atas badan anda. Very Happy

Walaubagaimanapun, makan pada waktu lewat malam adalah gaya hidup yang tidak sihat.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Padah obesiti

Post  keat sin (U6A) on Sat May 15, 2010 9:13 am

Sakit jantung

Sakit jantung merupakan penyakit yang paling kritikal berpunca daripada obesiti. Kita selalu mendengar kisah individu pelbagai peringkat umur tiba-tiba diserang penyakit jantung. Sakit jantung boleh di anggap sebagai silent killer di kalangan orang orang obes. Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan.

Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.

Darah Tinggi

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.

Hipertensi

Hipertensi mempercepatkan proses pengerasan arteri dan mempercepatkan proses penuaan. Pusingan ini mempunyai rentetan di mana arteri yang keras mengakibatkan tekanan darah tinggi systolic yang membawa kepada tambahan kerosakan kepada arteri. Adalah dijangka bagi pengurang berat badan sebanyak 10 paun seseorang boleh mengurangkan tekanan darah systolic pada kadar lebih kurang 11mm ukuran mercury .

Diabetes

Diabetes adalah keadaan di mana kandungan gula tinggi dalam darah. Makanan yang kita makan akan diurai menjadi glukosa. Glukosa akan digunakan oleh sel-sel tubuh kita sebagai tenaga. Proses di mana glukosa bertukar menjadi tenaga di dalam sel dilakukan oleh hormon insulin.

Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengidap diabetes mempunyai masalah kerana receptors pada dinding sel tidak sensitif kepada insulin. Sekiranya pengidap diabetes dirawat dan berat badan dapat diturunkan receptors ini akan menjadi sensitif semula kepada insulin.

Kemungkinan besar ia disebabkan kekurangan ko-enzim dan enzim yang dikeluarkan tubuh. Kekurangan ini menyebabkan insulin tidak dapat bertindak dengan baik.

Seseorang yang obes terdedah kepada risiko mendapat diabetes jenis 2 sebanyak dua kali ganda daripada mereka yang mempunyai berat badan normal. Diabetes yang disebabkan oleh berat badan berlebihan merosakkan saluran darah dan membawa kerosakan kepada banyak organ dalaman badan.

Kanser

Terdapat kaitan positif antara kanser uterus dan kanser payu dara dengan obesiti. Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal breast kanser.

Didapati kalangan wanita yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 18 paun mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghidap barah payu dara selepas menopaus. Remaja wanita yang mengalami obesiti pula mengidap penyakit akibat lebihan tekanan ke atas otak. Penyakit ini muncul dalam bentuk gangguan pandangan mata dan sakit kepala.

Senaman atau aktiviti bergerak membuatkan sel-sel otot kita menjadi aktif dan ia penting bagi membolehkan hormon dan enzim dalam darah terhasil. Otot yang aktif adalah satu rangsangan yang membolehkan tubuh kita mengeluarkan hormon dan enzim dengan baik. Pada Otot terdapat sel-sel yang dinamakan mitokondria. Mitokondria adalah kilang bagi menjana tenaga yang diperlukan aktiviti tubuh kita. Otot yang tidak aktif mengeluarkan tenaga yang sedikit kerana bilangan mitokondrianya sangat kecil.

Otot yang kuat membuatkan pembakaran lemak dalam tubuh menjadi pantas dengan penggunaan tenaga yang berkesan.

Oleh itu kita harus melakukan senaman yang boleh meningkatkan saiz otot dan menguatkan otot. Antara senaman yang baik dilakukan adalah senaman menaiki tangga, berjalan dan berlari.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Diabetes di Kelantan membimbangkan

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sun May 16, 2010 9:38 am

PASIR PUTEH 15 Mei - Senario penyakit diabetes di Kelantan semakin membimbangkan dengan kadar kematian akibat komplikasi berkaitan dengannya dianggarkan terdapat 10,000 orang sepanjang tahun lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Aziz Al-Safi Ismail berkata, di sebalik pelbagai kempen kesedaran, jumlah mereka yang terdedah kepada penyakit itu masih tinggi.

''Dianggarkan pengidap penyakit itu mencecah 200,000 orang, namun yang dikesan sekitar 20,000 dan ramai terdedah dengan komplikasi lain seperti serangan jantung, angin ahmar dan sakit buah pinggang," ujarnya.

Katanya, serangan penyakit ini sudah tidak lagi terbatas kepada golongan dewasa dan yang lebih berusia, malah mula dikesan pada usia 15 tahun.

''Masih ramai di kalangan masyarakat tidak mengawal pemakanan mereka menyebabkan tahap gula dalam darah tidak terkawal dan timbul pelbagai komplikasi.

''Kebiasaannya komplikasi itu termasuk masalah penglihatan dan serangan kuman yang memaksa anggota badan dipotong setelah pesakit menghidap diabetes antara 5 hingga 10 tahun,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kem Diabetes Jenis 2 2010 di Taman Rehlah, Tok Bali di sini, baru-baru ini.

Seramai 120 ahli PDM cawangan Kelantan menyertai kem berkenaan yang diadakan serentak dengan mesyuarat agung persatuan itu kali ke-10.

Pengerusi PDM Cawangan Kelantan, Prof. Datuk Paduka Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar merasmikan mesyuarat agung dan kem berkenaan.

Menurut Dr. Aziz Al-Safi, berikutan kempen penambahan keahlian yang diadakan itu, sudah lebih 5,000 orang menjadi ahli dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 ahli aktif menyertai program yang diadakan.

''Ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan semasa masih di peringkat awal dengan mengenal pasti tahap ideal gula dalam darah.

''Ada yang mula mengalami penyakit berkenaan seawal usia 15 tahun. Justeru jika dapat dikesan awal, mereka boleh mengambil langkah untuk mengawalnya,'' katanya.

Sementara itu, dua ahli persatuan itu mengakui kawalan pemakanan serta bersenam mampu mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya membolehkan mereka menghayati kehidupan yang lebih selesa walaupun telah lanjut usia.

Mejar (B) Omar Muhamed, 81, berkata, beliau dikesan mempunyai penyakit diabetes pada 1972 dengan bacaan kandungan gula dalam darah pada tahap 18.

''Saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan mematuhi arahan yang diberikan oleh doktor," katanya.

Sejak itu, beliau mengurangkan pengambilan nasi dan kuih-muih yang manis di samping melebihkan sayur-sayuran.

Tetapi yang penting beliau mengamalkan senaman berjalan laju sejauh dua kilometer sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Menurutnya, penglibatan secara serius dalam menangani masalah diabetis yang dihadapi mendorongnya menubuhkan Kelab Pesakit Diabetes.

''Kelab aktif mengadakan perjumpaan pada setiap bulan untuk melihat perkembangan ahli dalam penjagaan tahap gula masing-masing," katanya.

Rakannya, Tengku Jaffar Tengku Ahmad, 79, berkata, sejak dikesan menghidap diabetes 20 tahun lalu, beliau langsung tidak mengambil gula dalam minuman.

Kini beliau bebas daripada penyakit itu tetapi tetap dengan kebiasaan hanya meminum air tanpa gula di samping hanya memakan nasi sekiranya dirasakan perlu.

''Dalam usia sekarang, doktor menasihat saya bersenam dengan cara berjalan laju sekurang-kurang dua kilometer," katanya.

Dia berpuas hati dengan kawalan minuman dan makanan yang dilakukan selama ini yang membuatnya selesa dalam menjalani kehidupan seharian.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sun May 16, 2010 11:42 am

satoshiash(L6A) wrote:saya tidak rasa makan di malam akan menyebabkan obesiti...
kerana badan saya masih kekal, tidak berubah...

ada dua sebab :
1. Sistem Penyerapan saudara amatlah teruk dan tidak mampu menyerap nutrisi tambahan

2. Saudara mempunyai masa aktif yang terbalik berbanding manusia biasa. Saudara aktif pada waktu malam dan tidur waktu pagi. Jadi semua makan lewat malam saudara hanyalah seperti biasa, cuma berada di waktu yang berbeza sahaja.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Fri May 28, 2010 10:55 am

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Budaya makan waktu malam punca obesiti

Post  Sponsored content Today at 2:37 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum