PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ingatan PM: Barisan Kabinet perlu kerja kuat

Go down

Ingatan PM: Barisan Kabinet perlu kerja kuat Empty Ingatan PM: Barisan Kabinet perlu kerja kuat

Post  ong poh lee U6B Sat May 22, 2010 12:00 pm

PUTRAJAYA 21 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan barisan Kabinetnya supaya memastikan pencapaian memberangsangkan negara saat ini dijaga menerusi kerja kuat dalam setengah tahun mendatang nanti.

Perdana Menteri yang membangkitkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini pagi ini turut menzahirkan rasa sukacita dan bersyukur dengan pertumbuhan ekonomi 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri menyifatkan pencapaian Malaysia pada kedudukan ke-10 negara paling berdaya saing di dunia sama dengan negara-negara maju memberi rangsangan yang kuat kepada kepimpinannya untuk bekerja lebih keras.

''Topik ini dibincangkan panjang lebar dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan laporan yang dibuat menerusi bidang kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kita (Malaysia) satu tempat yang istimewa.

''Cuma, Perdana Menteri mahu pencapaian ini dijaga dan diharap dengan kerja kuat dalam setengah tahun mendatang ini harus mencerminkan perkara yang sama," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Malaysia buat kali pertama berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-10 negara paling berdaya saing di dunia sekali gus meletakkan ia tergolong dalam negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Australia, Norway dan Sweden.

Pencapaian terbaru itu berdasarkan Laporan World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) berpusat di Switzerland.

Rais berkata, Kabinet pagi ini turut melihat beberapa prestasi yang dirakam menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan prestasi kementerian masing-masing termasuk data-data penurunan kadar jenayah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

''Bagi kementerian saya, penumpuan adalah terhadap kerja-kerja tugasan syarikat telekomunikasi (Telco) yang diberi landasan utama dalam rangsangan tugas.

''Dan juga saya kaitkan kemajuan dalam bidang telekomunikasi dengan pencapaian kita di Shanghai, China Selasa lalu.

''Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mengiktiraf pencapaian telekomunikasi Malaysia yang tahun lalu di tangga ke-34 melonjak ke tempat 23 tahun ini di dunia," katanya.

Najib dipilih oleh ITU sebagai penerima Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010 di Shanghai yang diwakilkan kepada Rais.

Perdana Menteri adalah antara tiga penerima anugerah itu tahun ini yang memberi fokus terhadap tokoh penting yang memberi sumbangan besar dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Rais memberitahu, pencapaian liputan telefon bimbit negara juga melonjak ke tangga 36 tahun ini berbanding ke-40 tahun lalu.

''Di Asia, kita di tempat ketiga dari segi penggunaan Wifi (akses tanpa wayar) dan Wimax.

''Juga dicatatkan oleh ITU tentang pengiktirafan ke atas kegigihan Malaysia dalam memperluaskan jalur lebar agar tercakup di seluruh kawasan negara ini," katanya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum