PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jana RM70b, 52,000 peluang kerja

Go down

Jana RM70b, 52,000 peluang kerja Empty Jana RM70b, 52,000 peluang kerja

Post  ong poh lee U6B Sat May 22, 2010 11:49 am

KUALA LUMPUR 21 Mei - Perdana Menteri berkata, apabila Undang-Undang Tenaga Boleh Diperbaharui dilaksanakan kelak ia boleh menjana sekurang-kurangnya 52,000 peluang pekerjaan baru.

Selain daripada potensi itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata, pelaksanaan undang-undang tersebut juga boleh menjana pendapatan bernilai RM70 bilion daripada pelbagai bidang perniagaan dalam tempoh 10 tahun menjelang 2020.

Menurut beliau, satu rang Undang-Undang Tenaga Boleh Diperbaharui kini sedang digubal oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini juga.

"Jika dapatan kita betul, berdasarkan kepada pakar, sekurang-kurangnya 52,000 pekerjaan dapat diwujudkan dan pelbagai jenis perniagaan yang dianggarkan bernilai RM70 bilion dapat dijana daripada sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjelang 2020," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam blognya, www.1malaysia.com.my di bawah entri bertajuk, Menerokai Segala Opsyen.

Tambah Najib, pada 4 Mei lalu beliau telah memuatkan dalam blognya satu entri bertajuk, Tenaga Boleh Diperbaharui dan pada masa sama menganjurkan tinjauan pendapat bagi memperoleh undian berhubung sumber tenaga pilihan terbaik untuk negara.

"Komen-komen ada dalam blog ini dan keputusan tinjauan pendapat ini amat menarik untuk dibaca.

"Tinjauan pendapat ini, yang kini telah pun ditutup, telah menunjukkan bahawa kebanyakan responden lebih menyokong tenaga suria iaitu 59 peratus, diikuti tenaga nuklear (23 peratus), tempat ketiga dan keempat jatuh kepada tenaga biojisim dan tenaga angin," katanya.

Keputusan undian yang mula dibuka pada 3 Mei sehingga 17 Mei melibatkan 2,051 undian itu mendapati, tenaga suria mencatatkan 1,207 undi, nuklear (467 undi), biojisim (261 undi) dan angin (116 undi).

Perdana Menteri mengakui pada peringkat awal semasa entri bertarikh 4 Mei itu ditulis, tenaga nuklear mendapat undian yang lebih berbanding tenaga suria, malah terdapat juga pada suatu masa undian itu menyamai antara satu sama lain.

"Semua ini pada saya menandakan bahawa terdapat perasaan yang bercampur-aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik dan ia juga mengesahkan bahawa kita masih perlu mendalami lagi perkara ini sebelum membuat apa-apa keputusan tentang tenaga nuklear.

"Kesemua opsyen untuk menjana elektrik angin akan diterokai baik daripada tenaga biojisim mahupun tenaga angin," katanya.

Justeru, Najib meminta rakyat negara ini supaya terus berkongsi pandangan dan kebimbangan mengenai sumber tenaga masa hadapan negara kerana ia merupakan satu perdebatan yang amat penting.

"Saya berharap anda akan terus berkongsi pertanyaan dan kebimbangan dengan saya dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau," katanya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum