Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

View previous topic View next topic Go down

Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 11:36 am

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Seorang saintis hari ini mencadangkan supaya teknologi kuasa angin digunakan sebagai sumber alternatif untuk menjana elektrik di negara ini.

Felo utama Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohamad Yusof Sulaiman berkata teknologi itu belum diterokai dan menjadi antara alternatif berpotensi sebelum teknologi nuklear digunakan menjelang 2021.

"Teknologi menjana elektrik menggunakan kuasa angin di tengah-tengah laut mampu menjana elektrik dengan banyak seperti loji nuklear. Ia juga lebih kompetitif jika dibandingkan dengan kuasa solar,” katanya kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas hasrat kerajaan membina loji nuklear pada 2021 bagi menjamin bekalan elektrik di negara ini mencukupi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah meminta semua pihak untuk memberikan pandangan mereka terutama cadangan mengenai sumber tenaga lain sebelum teknologi nuklear diguna pakai. - Bernama

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 12:06 pm

1. BIOGAS


Tenaga biogas boleh dihasil daripada kitaran semula bahan buangan domestik dan juga pereputan bahan buangan pertanian. Setiap hari berjuta–juta tan bahan dibuang tanpa dikitar semula, yang mengakibatkan pembaziran tenaga yang berharga. Pereputan bahan buangan domestik dan bahan buangan pertanian akan menghasilkan gas metana yang sangat berguna didalam pembekalan tenaga. Gas ini terbentuk apabila bakteria menyerang bahan buangan yang mereput. Gas ini dikumpul dan digunakan untuk menghasilkan elektrik dan juga sebagai bahan api untuk menjalankan jentera. Gas ini juga digunakan untuk memasak dan menyalakan lampu. Kebanyakan negara maju, biogas sedang dihasilkan. Di Belanda misalnya, industri tenusunya sangat maju tetapi menghadapi masalah dalam pembuangan najis. Najis disebarkan dimerata ladang menyebabkan kebanyakan tempat ditenggelami najis haiwan. Oleh itu penghadang digunakan bagi membolehkan bahan buangan menghasilkan biogas. Gas ini digunakan untuk menjanakan elektrik dengan bantuan enjin berkuasa kecil. Setelah biogas diambil, bahan buangan diproses menjadi baja.


2. ANGIN


Kuasa angin telah digunakan beratus–ratus tahun dahulu untuk melayarkan kapal layar dan memutarkan kincir angin. Angin telah digunakan sebagai sumber-sumber tenaga untuk menjanakan kuasa elektrik. Kelajuan angin akan menggerakkan kincir angin bagi menjana tenaga elektrik. Kuasa angin bergantung pada kelajuan angin. Sekiranya satu tempat mempunyai kelajuan purata angin dua kali ganda kelajuan ditempat lain, maka kincir angin yang pertama akan menghasilkan lapan kali ganda tenaga seperti yang dihasilkan oleh kincir angin yang serupa ditempat lain. Kuasa angin mempunyai dua kelebihan utama berbanding dengan sumber tenaga yang lain pertama, kincir angin yang moden dapat dibina dalam masa yang singkat. Kedua, bagi kebanyakan negara angin banyak terjadi pada musim sejuk ketika elektrik diperlukan dengan banyaknya. Kuasa angin telah digunakan untuk menghasilkan elektrik dengan penggunaan kincir angin, yang mana batang yang diputar oleh bilah menjalankan sebuah penjana elektrik. Penggunaan kincir angin untuk menghasilkan tenaga elektrik adalah lebih murah dan selamat. Negara–negara maju telah mula membangunkan kincir angin bagi menghasilkan elektrik kerana ianya dapat menjimatkan kos Untuk membolehkan kincir angin berfungsi dengan lebih efektif, tapak untuk menempatkan kincir angin hendaklah dipilih berdasarkan kelajuan, kekuatan dan arah angin.



3. SURIA


Matahari penting kepada manusia kerana membekalkan cahaya dan haba di bumi. Kebanyakan tenaga lain seperti angin pada asalnya berpunca daripada tenaga matahari. Tenaga dikeluarkan apabila bahan api fosil dibakar, merupakan tenaga matahari yang tersimpan di dalam tumbuhan sejak berjuta-juta tahun yang lalu. Apabila tenaga daripada matahari memancar ke atas permukaan daun, tenaga ini ditukar kepada tenaga keupayaan kima dan disimpan dalam tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Tenaga suria adalah tenaga yang diperolehi secara terus daripada matahari. Ia digunakan di dalam pelbagai bidang pertanian. Haba daripada matahari digunakan untuk memanaskan ternakan terutamanya di musim sejuk. Struktur rumah hijau direkabentuk agar tumbuhan dapat tumbuh di dalam persekitaran yang terkawal. Rumah hijau direka bagi membolehkannya memerangkap tenaga daripada matahari untuk digunakan dalam fotosintesis. Sebahagian besar tenaga adalah disimpan dalam tumbuhan.

Matahari menghasilkan tenaga suria yang boleh digunakan untuk menjanakan kuasa elektrik di rumah kediaman. Tenaga suria digunakan untuk memanaskan air dengan menggunakan pemanas suria yang dipasang di atas bumbung-bumbung rumah. Teknologi moden telah mereka sel fotovolta atau dikenali sebagai sel suria yang berupaya mengubah tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Suria akan menghasilkan tenaga yang murah dalam kuantiti yang banyak, juga menghasilkan bahan-bahan baru dan mungkin digunakan untuk memusnahkan kuman beracun. Tenaga cahaya matahari boleh ditukar menjadi tenaga elektrik secara terus dengan menggunakan sel suria. Dalam industri pertanian sel suria digunakan untuk memberi kuasa kepada pam air untuk menyalurkan air dari kolam ke ladang.



4. AIR


Tenaga dari aliran air sungai boleh digunakan untuk menggerakkan kincir air. Pada zaman dahulu tenaga dari aliran air sungai digunakan untuk mengerakkan kincir air untuk mengisar jagung. Kemudiannya penggunaannya diperluaskan ke kilang-kilang dan lombong. Jenis kincir air yang digunakan bergantung kepada kelajuan arus sungai.

Penggunaan kuasa air telah dimajukan dengan pelbagai cara. Contohnya, air digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Air yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi akan memusingkan bilah-bilah dalam yang melengkung pada turbin air dan seterusnya menjana kuasa elektrik. Elektrik yang dijanakan oleh air dipanggil hidroelektrik.

Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang besar kerana terdapat banyak sungai yang membolehkan pembinaan empangan serta penjanaan hidroelektrik dilakukan. Kebaikan kuasa hidroelektrik ialah menghasilkan tenaga yang berterusan dan harganya murah berbanding bahan api fosil. Namun begitu terdapat kekurangan hidroelektrik iaitu memerlukan pembinaan empangan yang besar bagi menempatkan air untuk dialirkan ke turbin. Ini akan melibatkan kos yang tinggi dan mengganggu keseimbangan ekosistem dan alam sekitar.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 12:12 pm

"Teknologi menjana elektrik menggunakan kuasa angin di tengah-tengah laut mampu menjana elektrik dengan banyak seperti loji nuklear.

Pada pendapat saya, loji penjanaan elektrik di tengah-tengah laut memerlukan kos yang amat besar kerana pembinaan loji di tengah laut adalah sebuah projek pembinaan yang amat besar dan ini memang menyusahkan rakyat. Selain itu, projek tersebut juga berkemungkinan akan mencemarkan laut.
Pembinaan loji nuklear di kawasan perdaratan pula walaupun juga memerlukan kos yang tinggi, tetapi tenaga nuklear adalah mesra alam.
Oleh itu, kerajaan perlu mempertimbangkan tenaga yang sesuai untuk menggantikan tenaga alternatif kini.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Tue May 11, 2010 12:44 pm



Tenaga nuklear yang bakal digunakan oleh Malaysia dalam jangka masa 11 Tahun untuk pembinaan loji nuklear.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts: 152
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin

Post  HsianMin (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 1:13 pm

apa yang saudara khangwei cakap memang betul dan didapati bahawa pada 12/11/2007 Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Datuk Dr. Daud Mohamad memang pernah mencadangkan Malaysia menggunakan tenaga nuklear.

Berikut disertai berita yang berkaitan dengan pernyataan di atas:


Malaysia wajar guna tenaga nuklear 2020


BANGI 11 Nov. – Kerajaan wajar menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif menggantikan minyak bagi menjana elektrik menjelang 2020, kata Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Datuk Dr. Daud Mohamad.

Beliau berkata, jika negara terus bergantung kepada minyak bagi menjana elektrik sedangkan harga komoditi itu terus meningkat, kerajaan pasti tidak ada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tarif elektrik dalam jangka panjang.

‘‘Penggunaan minyak akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif elektrik yang tinggi selain meningkatkan kos operasi sektor perkilangan dan pembuatan,’’ katanya dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Katanya, walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro tetapi tenaga nuklear dilihat alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam.

Daud berkata, pada masa ini lebih 80 peratus tenaga elektrik negara dijana menggunakan gas dan selebihnya menggunakan arang batu, minyak dan hidro.

‘‘Pada masa ini harga minyak mentah melepasi AS$90 setong dan trend menunjukkan harga komoditi itu akan terus naik melepasi AS$100 setong tidak lama lagi.

‘‘Tidak ada tanda-tanda harga minyak akan turun kembali di bawah paras AS$70 setong,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantung kepada minyak dan gas.

‘‘Adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk nilai tambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara.

‘‘Malah penggunaan sumber minyak secara intensif akan menyebabkan sumber itu cepat habis dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang,’’ katanya.

Daud berkata, penggunaan tenaga nuklear juga lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang, selain bahan buangannya boleh diproses semula untuk dijadikan bahan bakar hidrogen bagi kegunaan kenderaan.

Beliau berkata, tempoh pembinaan janakuasa nuklear juga mengambil masa yang singkat iaitu selama lima tahun.

Menurutnya, reka bentuk loji nuklear sekarang boleh bertahan sehingga 70 tahun berbanding hanya 40 tahun menggunakan teknologi lama.

Kata beliau, modal permulaan bagi membangunkan loji tenaga nuklear adalah sama dengan loji yang menggunakan minyak yang mengeluarkan kapasiti sama, namun dalam jangka panjang, penyenggaraan loji nuklear lebih murah dan dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus.

Beliau berkata, buat permulaan Malaysia perlu membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti kira-kira 700 hingga 800 megawat elektrik iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam negara.

Katanya, bagi membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti 700 dan 800 megawat elektrik, kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1 bilion mengikut kos pada masa ini.

Menurut Daud, jika rakyat Malaysia dapat diberi maklumat yang jelas mengenai kebaikan tenaga nuklear dan sentimen negatif rakyat Malaysia terhadap penggunaan nuklear dapat dikikis, kerajaan tidak ada masalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga itu menjelang 2020.

Katanya, Malaysia wajar melangkah ke arah penggunaan tenaga nuklear kerana Indonesia, Vietnam dan Thailand telah melaksanakan polisi untuk menggunakannya menjelang 2016, 2018 dan 2021.

------------Utusan Malaysia

HsianMin (U6B/2010)

Posts: 84
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum