Penganggur dihukum gantung kerana bunuh bapa mertua

View previous topic View next topic Go down

Penganggur dihukum gantung kerana bunuh bapa mertua

Post  ASHLEY L6A/2012 on Tue Sep 04, 2012 5:26 pm

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh bapa mertuanya dengan menikam menggunakan pisau rambo, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Azuwa Talib, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mohd Azuwa, yang memiliki seorang anak lelaki berusia tiga tahun, dituduh membunuh Armen Suardi, 55, yang merupakan peniaga runcit di rumah bernombor 51, Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, antara jam 2.30 petang dan 5.20 pagi, 8 November dan 9 November 2010.
Kesalahan yang dilakukan di rumah bapa mertuanya itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata, dua tikaman di badan dan satu lagi di kepala yang menembusi tengkorak serta otak Armen jelas membuktikan kejadian itu disengajakan tertuduh.

"Pergaduhan antara tertuduh dan si mati juga bukan pertama kali. Terdapat dendam antara tertuduh dan si mati sejak tertuduh berkahwin dengan anak perempuan si mati. Ini bukan rekaan kerana terdapat kata kesat dan sikap dingin tertuduh terhadap si mati.

"Keterangan tertuduh yang mengatakan dia hanya mempertahankan diri juga tidak menepati nas undang-undang. Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap tertuduh mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu gantung di leher sampai mati," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala Mohd Azuwa diwakili peguam Ruhaizamin Johari dan Ummu Aiman Azizan.


Pada pendpt sye, tertuduh dan si mati disebabkan kurang berkomunikasi barulah akan berlaku hal ini yang amat menyedihkan. kedua-dua pihak harus
beruasaha untuk menyelesaikan masalah antara mereka serta hubungan yang mesra antara mereka perlu diwujudkan untuk mengelakkan semua ini berlaku. Selain itu,tertuduh harus berfikir baik-baik sebelum melakukan kesalahannya, dia harus bertenang diri untuk mengelakkan dirinya melakukan perkara yang salah.

ASHLEY L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-28

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum