PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Vaksin cegah denggi dikeluar

5 posters

Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  keat sin (U6A) Wed Apr 28, 2010 11:56 am

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan vaksin pencegahan denggi yang pertama dunia tidak lama lagi, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Beliau berkata, vaksin pencegahan yang masih pada peringkat percubaan klinikal itu, dihasilkan rentetan kebimbangan semua pihak berkaitan penularan wabak denggi yang semakin serius di negara ini.
“Walaupun berlaku penurunan sebanyak 1,867 kes denggi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 17,532 kes tahun lalu, angka kematian akibat penyakit ini meningkat.
“Seramai 54 orang dilaporkan mati sehingga 24 April lalu, berbanding 41 orang sepanjang 2009,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen antidenggi anjuran Reckitt Benkiser bersama kementeriannya yang bertemakan 1Malaysia Bersama Kita Menghapuskan Denggi, di sini, semalam.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi sebanyak 7,477 kes, diikuti Sarawak (1,801) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1,779 kes.

Katanya, kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan pihaknya menjalankan pemantauan rapi di kawasan ‘hot spot’ itu.

Rosnah berkata, Jawatankuasa Program Mengubah Sikap (Combi) Antidenggi akan diperhebatkan ke seluruh negara bagi menghapuskan denggi kerana wabak itu tidak mengenal mangsa dan boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa.
“Masyarakat perlu bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pencegahan denggi yang memerlukan pembabitan semua pihak dan secara berterusan kerana kita khuatir semakin ramai rakyat Malaysia mati disebabkan penyakit ini yang tidak mengenal mangsanya,” katanya.

Sementara itu, pengacara, Sasha Bashir, yang juga bekas pesakit demam denggi berkata, masyarakat perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk melawan penyakit itu.

“Saya ditahan di hospital selama tiga hari akibat demam denggi yang menyebabkan platlet saya turun di bawah paras normal. Namun amalan hidup sihat yang saya amalkan seperti pemakanan yang seimbang dan bersenam, menyebabkan antibodi saya menjadi kuat dan berjaya melawan penyakit yang boleh membawa maut itu,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Re: Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 12:37 pm

masyarakat perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk melawan penyakit itu.
Untuk mengelakkan diri daripada penularan demam denggi, masyarakat haruslah memberi komitmen untuk menjaga kebersihan persekitaran kita.
Mengurangkan tempat takungan air
- Dengan mengurangkan tempat takungan air, nyamuk aedes sukar untuk membiak dan bilangan nyamuk aedes akan berkurang. Maka kes-kes demam denggi dapat dikurangkan.

Para saudara-saudari, bolehkah anda memberikan beberapa langkah untuk mencegah penyakit demam denggi?

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Re: Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 5:09 pm

Pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Jika didapati terdapat tempat takungan air di kawasan rumah seseorang, dia akan dikenakan kompaun seperti denda wang RM500.

Kempen mengenai penyakit demam denggi juga harus diadakan. Dengan ini, rakyat akan sedar tentang betapa bahaya penyakit ini yang telah meragut banyak nyawa di negara kita pada setiap tahun .
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Re: Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  leeyoong_U6B Wed Apr 28, 2010 6:04 pm

Pada pendapat saya, pendidikan kesihatan masyarakat memainkan peranan penting dalam pengawalan penyakit Deman Denggi oleh kerana ia berkaitan rapat dengan kehidupan domestik manusia.
Oleh itu, pendidikan yang meliputi penyakit Demam Denggi dan komplikasinya, cara-cara jangkitan dan pengawalan tempat pembiakan nyamuk haruslah diberi kepada masyarakat.
Pendidikan kesihatan harus dimulakan daripada peringkat sekolah dan menengah supaya kanak-kanak mendapat pendidikan tentang tabiat kesihatan umum yang boleh membawa kepada kesedaran bagi pencegahan tempat pembiakan nyamuk dan seterusnya mengurangkan masalah Denggi.
Pendidikan orang dewasa boleh dilakukan melalui ceramah, pameran, risalah dan juga perbincangan melalui media massa seperti radio, televisyen dan surat khabar.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Re: Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  xiaowen_U6B Thu Apr 29, 2010 7:28 pm

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

•Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
•Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
•Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Vaksin cegah denggi dikeluar Empty Re: Vaksin cegah denggi dikeluar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum