vaksin anti-AIDS

View previous topic View next topic Go down

vaksin anti-AIDS

Post  kuanchin91 on Sat Sep 26, 2009 6:04 pm

BANGKOK 24 Sept. - Buat pertama kali, satu uji kaji vaksin berjaya mencegah jangkitan virus AIDS, satu titik perubahan kepada wabak maut itu selain satu keputusan yang mengejutkan.

Para penyelidik di bandar ini hari ini memaklumkan, vaksin tersebut mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV pada kadar lebih 31 peratus dalam eksperimen vaksin AIDS terbesar di dunia yang melibatkan lebih 16,000 sukarelawan di Thailand.

"Walaupun kesannya sederhana, ia merupakan bukti pertama bahawa kita kini mempunyai vaksin pencegahan AIDS yang selamat dan berkesan,'' kata Kolonel Jerome Kim semasa diwawancara melalui telefon.

Biarpun kesan vaksin itu sederhana, ia masih boleh memberikan kesan yang besar.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), setiap hari seramai 7,500 orang di seluruh dunia dijangkiti HIV; dua juta orang maut akibat AIDS pada 2007.

Menteri Kesihatan Thailand, Witthaya Kaewparadai berkata, pihaknya menjalankan kajian tersebut dengan menggunakan virus HIV yang biasa didapati di Thailand. Saintis menegaskan, mereka tidak pasti sama ada vaksin tersebut berkesan terhadap jenis virus HIV lain di AS, Afrika atau negara lain. - AP

kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 25

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Re: vaksin anti-AIDS

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Sun Sep 27, 2009 2:03 pm

Vaksin ini merupakan vaksin pertama di dunia yang mempunyai kemampuan untuk mencegah penyakit AIDS. Akan tetapi, vaksin ini hanya berkesan kepada jenis virus HIV di thailand sahaja.( Ada banyak jenis virus HIV ) Vaksin ini masih belum lagi dicuba bagi penyakit AIDS di negara lain. Vaksin ini bernama RV144, merupakan gabungan vaksin dari Syarikat Sanofi-Pasteur ( Perancis ) yang bernama ALVAC dan vaksin dari Syarikat VaxGen ( San Francisco ) yang bernama AIDSVAX. Tetapi vaksin ini hanya boleh mencegah penyakit AIDS sahaja dan bukan membunuh virus HIV.

Walaupun vaksin ini boleh mengurangkan jangkitan penyakit AIDS, selepas penyuntikan vaksin ini, jika orang masih dijangkit oleh virus HIV, keadaan mereka sama dengan pesakit AIDS biasa, perosakan sistem imunisasi mereka sama, bermaksud jikalau virus HIV menjangkiti manusia, vaksin ini tidak berguna langsung.

Orang kini perlulah berprihatin terhadap penyakit ini. Elakkan diri daripada dijangkiti virus HIV.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: vaksin anti-AIDS

Post  leeyoong_U6B on Thu Oct 01, 2009 11:01 am

Wah~ Memang tidak sangka bahawa vaksin pencegahan AIDS akan dihasilkan. Ciptaan ini mampu mencegah penyakit AIDS..Namun, jika orang dijangkiti oleh virus HIV, keadaan mereka sama dengan pesakit AIDS biasa.. Walau bagaimanapun, saya percaya ciptaan ini merupakan satu titik permulaan yang baik. Secara tidak langsung, ini dapat mendorong ahli sains supaya lebih berusaha untuk mencipta penawar bagi penyakit HIV.

Khang Wei (L6B/2009) wrote:Orang kini perlulah berprihatin terhadap penyakit ini. Elakkan diri daripada dijangkiti virus HIV.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Khang Wei ini...
Masyarakat perlulah prihatin terhadap penyakit ini supaya tidak dijangkiti...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: vaksin anti-AIDS

Post  Sponsored content Today at 11:20 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum