GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

View previous topic View next topic Go down

GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Wed May 12, 2010 1:01 pm

Hakikatnya, umum perlu tahu bahawa selain menjadi sumber tenaga, gula hanyalah pembekal kalori-kalori kosong. Malah, lebih lima dekad lalu, seorang penyelidik, Dr. William Coda Martin dengan lantangnya melabelkan gula halus sebagai racun. Definisi racun itu disifatkan berpatutan kerana penggunaan gula setiap hari hanya akan membinasakan tubuh dalam jangka masa panjang.

“Misalnya, keadaan pH tubuh akan menjadi terlalu berasid secara berterusan. Maka, tubuh terpaksa bekerja lebih keras sebab lebihan mineral diperlukan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan itu,” demikian penjelasan pengarang buku Sugar Blues itu.

Jika tidak dikawal, pengambilan gula secara berlebihan di kalangan rakyat Malaysia dikhuatiri akan mengundang kira-kira 60 jenis penyakit berbahaya dan antaranya termasuk obesiti, komplikasi buah pinggang, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Lebih membimbangkan, kajian KKM tidak berapa lama lalu menganggarkan bilangan penghidap diabetes di negara ini bakal mencecah 2.5 juta orang menjelang tahun 2030 nanti.

Gula juga dipersalahkan sebagai dalang pembentukan karies gigi di kalangan kanak-kanak di negara ini. Data KKM pada tahun 2005 menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun adalah 76.5 peratus manakala kanak-kanak berusia enam tahun pula mencatatkan 80.9 peratus karies gigi (1997).

“Peningkatan kadar kelaziman obesiti di negara ini sahaja telah melebihi tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun sahaja!

Bayangkan, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS 2006) mendapati 29.1 peratus orang dewasa di Malaysia memiliki lebihan berat badan manakala 14 peratus pula obes.

“Sedangkan NHMS kedua pada tahun 1996 hanya menunjukkan peratusan 16 peratus untuk lebihan berat badan dan 4 peratus bagi masalah obes,” kata Feisul.


Pada pendapat saya, tahap penggunaan gula di negara kita berada di dalam tahap yang membimbangkan. Walaupun langkah telah dilaksanakan tetapi kesannya tidak ketara. Oleh itu, langkah yang lebih efektif perlu diikhtiarkan lagi untuk menyelesaikan masalah ini.
Ibu bapa sendiri harus menjadi teladan kepada anaknya dan memberi kesedaran kepada anaknya mengenai kebahayaan gula berlebihan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Thu May 13, 2010 12:54 pm

Pada pendapat saya, gula adalah satu sumber tenaga yang baik jikalau kita tahu menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh gula secara efisyen. Contoh penggunaan tenaga yang efisyen adalah secara bersukan. Gula mampu membekalkan tenaga yang banyak dan sesuai untuk bersenam secara jangka masa yang panjang.
Manakala bagi sesetengah yang hanya "consume" gula untuk rasanya, maka ini adalah satu masalah yang besar untuk dia.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 1:02 pm

Saya amat bersetuju dengan apa yang saudara yeeyew berkata.
Gunakan gula dengan cermat. Adakah anda mahu manis sebentar perit kemudian? Banyak orang menggunakan gula hanya untuk rasanya yang manis. Negara kita telah meningkat harga gula tetapi langkah ini masih tidak berkesan dan mendapat rungutan daripada rakyat. Janganlah merungut kepada negara kita kerana kerajaan berbuat demikian untuk kebaikan kita.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

Post  HsianMin (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 3:36 pm

Antara kesan pengambilan gula yang berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
6. Merosakkan buah pinggang
7. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
8. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
9. Melemahkan penglihatan
10. Penyebab perut berasid
11. Merosakkan gigi terutamanya kepada kanak-kanak
12. Penyumbang utama kegemukkan
13. Pembentukan batu dalam ginjal
14. Meningkatkan kolesterol dalam badan
15. Penyumbang kepada penyakit kencing manis

Memang tanggungjawab kita mengawal diet kita. Apa-apa makanan pun tidak patut diambil secara berlebihan walaupun makanan yang dimakan itu berkhasiat kerana ini akan memudaratkan kesihatan kita . Pemakanan yang seimbang harus diamalkan bagi kesihatan yang baik.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

78 JENIS KEBURUKAN GULA!!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 5:47 pm


kaki pesakit diabetes (google)

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Merangsang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidakseimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer


Di Malaysia saja, hampir 1.2 juta individu dikenal pasti menghidap tersebut dan menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), diabetes boleh berlaku pada mana-mana kaum di negara ini.

Diabetes jika tidak dikawal boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular atau jantung, kegagalan ginjal, kerosakan retina, saraf dan luka yang sukar disembuhkan.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: GULA turut bertanggungjawab dalam penyakit kronik

Post  Sponsored content Today at 11:20 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum