PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sukan di kalangan orang bandar

+7
wendy
siewMei
NCH CHEAN
lim siew yuen
Ang3laWong
wonderfoo_99
vinclam1314
11 posters

Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Sukan di kalangan orang bandar

Post  vinclam1314 Wed Feb 20, 2008 9:13 am

Sukan merupakan salah satu jalan untuk melepaskan tekanan bagi banyak orang bandar. Walaubagimanapun, terdapat banyak orang bandar tidak suka akan sukan. Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada masa luangan untuk bersukan dan tiada tempat untuk bersukan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, huraikan beberapa punca dan cadangan terhadap cara untuk meningkatkan kegiatan sukan di kalangan orang bandar. Very Happy

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  wonderfoo_99 Wed Feb 20, 2008 10:40 am

Kerajaan harus mengadakan ceramah kepentingan sukan agar ramai orang dapat mengetahuai kepentingan bersukan.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  Ang3laWong Wed Feb 20, 2008 10:53 am

punca orang bandar tidak suka akan sukan kerana gaya hidup kini yang sibuk dalam perkerjaan atau perlajaran sudah jadi alasan kepada orang bandar.Kebanyakan orang bandar menpunyai tanggapan yang silap.Mereka cuma menanggap bahawa sukan cuma membazirkan masa mereka.Selain itu,orang bandar tidak suka akan sukan juga berpunca daripada kemalasan mereka.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Sukan di kalangan orang bandar

Post  lim siew yuen Wed Feb 20, 2008 3:06 pm

bagi saya,orang yang tinggal di dlm bandar juga sangat suka akan sukan.Walaubagaimanapun,di bandar banyak kes penculikan berlaku secara bermaharajalela sehingga orang di kampung takut keluar dari rumah untuk bersenam.Di bandar juga tiada infrastruktur yang mencukupi atau mendekati kawasan rumah mereka.Oleh itu , pihak yang berkuasa perlulah mengambil tindakan untuk mengawal keamanan di kalangan penduduk.Mereka juga perlu menyediakan tempat senama yang mencukupi kepada pengguna seperti membina tempat bersenam di setiap kawasan perumahan.Untuk menarikan perhatian orang bandar untuk bersenam pertandingan seperti rentas desa,berlawanan badminton juga boleh diadakan.

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty SUKAN DI KALANGAN BANDAR

Post  NCH CHEAN Wed Feb 20, 2008 3:42 pm

Sukan adalah penting dalam kehidupan kita.Namun ramai orang tetap mengabaikannya dan tidak melihatnya sebagai sebahagian dalam kehidupan kita.Kehidupan kini yang sibuk , telah menyebabkan ramai orang tidak bermasa untuk bersukan. Di samping itu ,kes-kes sosial yang serius seperti perompakan, pencurian, penculikan,dan pembunuhan sering berlaku di bandar kini.Hal ini telah menyebabkan ramai orang di bandar tidak berani untuk bersukan di kawasan luar .Lama-kelamaan ,mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan.Sebenarnya ,hai ini harus diberi perhatian oleh semua pihak,sebab orang masa kini banyak yang mengamalkan tabiat hidup yang buruk seperti merokok, minum arak, makan makanan yang berkholesterol tinggi , serta makanan yang berlemak.Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita.Sukan adalah cara yang baik untuk menstabilkan kesihatan yang baik.Cara yang sesuai untuk meningkatkan kegiatan sukan di kalangan orang bandar ialah pihak kerajaan harus mengadakan kempen untuk menyedarkan orang bandar mengenai kepentingan sukan dan faedah yang dapat diperolehi melalui sukan. Sehubungan itu,media juga memainkan peranan yang penting untuk menyiarkan program televisyen yang mengenai sukan untuk menarik minat orang bandar bersukan .

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  vinclam1314 Thu Feb 21, 2008 10:29 am

Selepas saya baca tentang balasan kakak dan abang, bolehkah saya secara ringkasnya membawakan kesimpulan balasan kak siew yuan, chean hui hor yan dan abang weng foo..
punca :
-kesibukan dalam pekerjaan and pelajaran
-tanggapan yang salah ( membazirkan masa )
-kemalasan
-keselamatan
-kekurangan tempat senaman

cara untuk menangani masalah ini:
-mengadakan ceramah
-membina tempat senaman
-mengadakan pertandingan
-perwatakan media massa

Saya amat setuju dengan kakak dan abang kalian, saya juga berasa bahawa kesibukan dalam pekerjaan dan pelajaran merupakan punca yang agak penting dalam masalah ini. Orang bandar asyik bekerja untuk mendapatkan rezeki mereka, kebanyakan daripada mereka menganggap senaman dan sukan merupakan satu perkara yang membazirkan masa. Mereka berasa bahawa memain dan menggunakan masa dalam permainan lain lebih baik daripada bersenam. Sebagai contohnya, mereka lebih rela untuk menggunakan wang mereka di pub dan tempat rekriasi yang lagi berbanding daripada menggunakan wang dan masa mereka dalam sukan. Selain itu, mereka juga lebih rela membazirkan masa di pusat hiburan dab pusat beli-belah. Bagi mereka, berjalan-jalan di pusat beli-belah juga merupakan salah satu senaman.

Walaupun saya menyetujui dengan punca - punca yang dinyatakan oleh kakak dan abang yang saya sebuti di atas, tetapi saya tidak menyetujui tentang sebahagian punca yang kakak dan abang nyatakan di atas. Saya amat tidak menyetujui bahawa kekurangan tempat senaman dan keselamatan di bandar yang dinyatakan oleh Chean Hui dan Siew Yuan. Sebab utama yang saya ingin beritahu ialah terdapat banyak tempat senaman di bandar dan di sekitar tempat kediaman. Sebagaimana yang kakak dan abang tahu, terdapat banyak flat dan taman taman di tempat kediaman di bandar. Kebanyakan tempat kediaman di bandar mempunyai tempat atau bilik untuk orang ramai atau penduduk di tempat kediaman itu untuk bersenam. Tempat bersenam ini disediakan oleh sama ada kerajaan atau persatuan jiran-jiran di tempat kediaman tersebut. Orang ramai boleh bersenam di tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat banyak pusat senaman (gym) di bandar dan pusat beli-belah. Sebagai contohnya, Fitness First mempunyai sebanyak empat pusat di bandar Kuala Lumpur. Pusat senaman ini telah menyediakan alat-alat yang canggih dan sesuai untuk senaman. Oleh itu, saya berasa bahawa kekurangan tempat senaman tidaklah menjadi satu punca yang baik yang menyebabkan orang bandar tidak menyenam. Keselamatan di bandar agak menakutkan orang ramai, tetapi orang ramai adalah digalakkan untuk bersenam bersama dengan keluarga atau rakan-rakan anda. Ini dapat menyelamatkan orang ramai daripada kes-kes sosial kerana penjanayah tidak akan berani untuk menjalankan jenayah terhadap anda sekiranya anda adalah bersenam dalam satu kumpulan.Selain itu, terdapat juga banyak tempat penjualan alat senaman di pusat beli-belah. Orang ramai boleh membeli alat senaman dan bersenam di rumah. Orang ramai yang terdapat di tempat senaman juga dapat menakutkan penjenayah daripada berjenayah. Justerunya, saya tidak begitu setuju tentang punca-punca yang dinyatakan oleh chean hui dan siew yuan ini (keselamatan dan kekurangan tempat senaman)

Saya juga agak setuju dengan cara-cara yang dicadangkan oleh kakak dan abang seperti mengadakan ceramah tentang sukan, membina lagi banyak tempat senaman, mengadakan pertandingan dan perwatakan media massa. Saya ingin menambah lagi huraian tentang media massa kerana kakak tidak menjelaskan perwatakan media massa dengan jelas. Iklan yang dipaparkan di televisyen agak berkesan kepada orang ramai kerana rancangan televisyen ini telah menjadikan satu hiburan utama kepada kebanyakan orang bandar dan orang luar bandar. Tetapi malangnya tiada iklan tentang penyedaran sukan di kalangan rakyat Malaysia kini, kebanyakannya adalah iklan perdagangan. Selain perwatakan televisyen dalam penyedaran sukan, iklan yang dipaparkan di surat khabar dan internet juga memberikan kesan yang baik kerana surat khabar masih adalah jalan utama mesei diedarkan kepada orang bandar serta internet merupakan media massa yang utama kepada orang bandar yang ramai.

Selain daripada cara-cara yang dinyatakan oleh kakak dan abang, saya juga ingin menambahkan beberapa cara untuk menangani masalah ini. Kerajaan dan parti-parti politik di negara kita juga dapat memainkan watak yang penting dalam perjalanan untuk menangani masalah ini. Seruan kerajaan dan parti-parti politik dapat menyedari banyak orang-orang bandar dengan lebih mudah kerana mereka mempunyai pengaruh yang banyak kepada orang-orang bandar dan luar bandar. kerajaan dan parti-parti politik juga boleh mengadakan lebih banyak pertandingan di antara rakyat. Pertandingan yang diadakan oleh kerajaan dan parti polik agak berkesan kepada orang ramai. Misalnya, sekolah-sekolah menggalakkan pelajar-pelajar untuk menggiatkan diri dalam sukan dan pelajar-pelajar dihendaki untuk menglibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu persatuan sukan. Selain itu, kerajaan juga perlu lebih bergiat dalam pengambilan pengadaan sukan antarabangsa. Pencapaian ahli-ahli sukan negara kita di antarabangsa juga akan menyedari sukan di kalangan rakyat Malaysia kerana rakayat Malaysia akan berasa berbangga akan pencapaian ahli-ahli sukan negara kita. Kerajaan juga perlu menurunkan cukai terhadap alat-alat persukanan supaya orang ramai dapat membeli and mempunyai alat-alat persukanan dengan harga yang lebih rendah yang lebih mudah untuk mendapatkannya. Seperti yang saya nyatakan di atas, orang ramai dapat menjalankan senaman di rumah mereka tanpa mengirau tentang keselamatan di kalangan mereka.

Inilah pendapat saya terhadap isu ini. terima kasih kerana sudi membaca tentang pendapat saya. cheers

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  siewMei Fri Feb 22, 2008 12:15 pm

saya setuju dengan mr.lam tentang pendapatnya terhadap kekurangan tempat senaman,ini bukan satu sebab yang menyebabkan orang bandar tidak bersenam. tetapi saya ingin menambahkan sesuatu,iaitu terdapat sebab lain yang membawa kepada kenapa orang bandar tidak bersenam. dikatakan terdapat banyak tempat senaman seperti fitness first ini,tetapi perkhidmatan dan peralatan yang ditawarkan bukan percuma,orang ramai perlu bayar untuk penggunaan peralatan dan perkhidmatan ini.Tambahan pula,bayaran yang dikenakan bukanlah murah,orang yang berpendapatan sederhana mungkin tidak dapat menanggung bayaran tersebut. bayaran bulanan adalah lebih kurang RM200+,mahalkan bagi keluarga yang berpendapat sederhana??
Saya rasa,pepatah "biar melentur buluh daripada rebungnya"(betul tak??saya tidak pastilah.. Razz ),semangat terhadap sukan perlu dipupuk semasa kanak=kanak masih kecil,ini memang sangat berkesan tetapi cara ini barangkali akan berjaya kerana ibu bapa kemungkinan jarang bersenam,jadi kanak-kanak mereka tidak akan dapat merasai kegembiraan dan kepuasan semaasa bersenam jika ibu bapa mereka jarang bersenam. saya amat setuju terhadap cara ini kerana saya suka bersenam dan ini adalah atas pengaruh ibu bapa saya.semasa saya kecil,ibu bapa saya selalu bawa kami adik-beradik pergi titwangsa,taman tasik perdana ataupun taman-taman untuk bersenam setiap hari ahad. Jadi,saya rasa cara ini memang berkesan untuk menarik orang bandar bersenam. Apa pendapat kawan-kawan lain??

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  wendy Fri Feb 22, 2008 2:32 pm

Saya bersetuju dengan pandangan-pandangan kalian yang diberikan diatas.Sebagai pandangan saya, punca utama adalah masyarakat kini terlalu mementingkan wang dan lupakan kepentingan kesihatan mereka.Hal ini dapat dibuktikan dalam kalangan peniaga. Untuk mereka, masa merupakan emas kerana satu minit mereka meluangkan untuk melakukan perkara lain seperti bersenam, dalam satu minit mereka akan menghadapi kerugian yang besar. Oleh itu, wang dan masa adalah penting dalam kehidupan mereka. Apabila penyakit mendekati mereka, barulah mereka sedar kepentingan kesihatan. Cara yang dapat diatasi adalah sokongan yang kuat daripada keluarganya, rakan karibnya mahupun rakan sekerja. Sebagai contoh, mengalakkan ahli keluarga menggunakan hari keluarga untuk bersukan bersama dan bukannya pergi bersiar-siar di pusat beli-belah.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Sukan di kalangan orang bandar

Post  HsuJia Tue Feb 26, 2008 12:12 pm

Saya rasa pada masa kini orang bandar tidak gemar sangat bersukan kerana mereka berasa sukan sangat bosan atau membazir masa.Tetapi saya tidak rasa ini adalah sebab kerana ini hanya satu alasan sahaja.Ini adalah kerana banyak orang sekarang seperti orang tua sangat mementingkan sukan kerana mereka berasa sukan akan menyihatkan badan mereka sehingga mereka akan menggalakkan orang muda bersukan dengan banyak sikit supaya pemuda-pemudi sekarang boleh mementingkan sukan.Kadang-kala,orang sibuk bekerja di dalam pejabat yang penuh dengan pendingin hawa juga boleh sukan dengan cara yang senang.Sukan tidak semestinya hendaklah berlaku di luar rumah atau taman tetapi juga boleh berlaku di dalam rumah sebagai satu amalan yang baik.Walau bagaimanapun,kita haruslah sentiasa mengingatkan sendiri bahawa sukan adalah penting supaya kita tidak senang menghidapi penyakit.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  Jennifer Ong Wed Feb 27, 2008 4:20 pm

Faktor keselamatan bukanlah sebab utama yang menyebabkan orang-orang bandar kurang bersenam, tetapi faktor ini tidak harus diabaikan. Contohnya, beberapa tahun yang lalu, ada dua beradik yang berjoging di sebuah taman di Taiping. Walaupun mereka membawa ahli keluarga untuk bersenam bersama, tetapi salah satu seorang daripada mereka, iaitu si kakak masih diculik oleh penjenayah. Oleh itu, kerajaan haruslah mengambil langkah drastik untuk memastikan keselamatan orang ramai semasa melakukan senaman di taman.

Tambahan pula, walaupun gim dan pusat senaman disediakan, tetapi ia hanya dibina di tempat-tempat tertentu sahaja. Lebih-lebih lagi, yuran kemasukan ke dalam pusat-pusat senaman ini tidak murah. Di samping itu, sesebuah gim ataupun pusat senaman juga harus mempunyai jurulatih-jurulatih yang berpengalaman untuk memastikan orang yang bersenam dalam pusat tersebut tidak bersenam dengan tidak sihat atau terlampau.

Selain itu, alat-alat senaman yang dijual adalah mahal. Bukan semua orang mampu membeli alat-alat tersebut. Oleh itu, jika seseorang ingin bersenam di rumah, dia boleh cuba dengan naik turun tangga, membuat senaman aerobik dalam rumah dan sebagainya.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Senam atau belajar?

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:49 am

Kebanyakan daripada kita akan menyertai satu pertandingan larian di Masjid Jamek. Saya berasa kebanyakan daripada kami, termaksudlah saya menyertai larian ini adalah untuk markah kokurikulum. Adalahkah ini merupakan salah satu kejayaan terhadap penggalakkan senaman di kalangan pelajar oleh kerajaan dan badan/organisasi bukan kerajaan? Pada pendapat saya, saya berasa ini merupakan salah satu kerjayaan penggalakkan senaman kerana banyak daripada kami akan bersenam dengan lebih frekuensi pada masa ini untuk menyediakan diri pada pertandingan larian ini. Tetapi, keselamatan pertandingan perlarian ini agak membimbangkan saya, dimanakah saya letakkan barang saya apabila saya terlibat dalam perlarian? Kemungkinan kecil ini telah menyebabkan banyak orang tidak menyertai pertandingan yang dianjuri oleh badan bukan kerajaan atau kerajaan. Adakah kalian bersetujui dengan pandangan saya? Kenapa?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  siewMei Thu Mar 27, 2008 5:09 pm

saya agak setuju dengan pandangan toh wai tentang isu keselamatan yang akan timbul semasa menyertai pertangdingan sedemikian.. orang ramai tidak tahu bagaimana untuk menyimpan barangan berharga seperti dompet dan telefon bimbit semasa mereka lari,takkan mereka membawa benda sebegini lari sebanyak 10km ataupun lebih.kita tidak akan berasa selesa jika terdapat barangan sebegini dalam poket kita,jadi orang ramai lebih gemar berlari tanpa barangan ini. tapi di pasaran sekarang,terdapat banyak beg-beg kecil dan "waist bag" jenis ini,kita boleh guna beg-beg ini kerana bersaiz kecil dan sesuai dengan kegiatan sukan(sesetengah beg dicipta untuk tujuan kegunaan bersukan)..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 6:12 am

Pada pandangan saya,tujuan utama saya menyertai marathon bukan untuk mendapat markah kokurikulum sahaja, akan tetapi untuk menghargai peluang yang berharga itu ketika saya masih adalah seorang pelajar sekolah.Saya amat gembira dan menanti activiti yang terbuka kepada ramai orang.Tambahan pula,saya juga tidak pernah menyertai marathon yang dijalankan secara besaran.
Saya juga amat bersetuju dengan Siew Mei yang berkata pasaran kini terdapat banyak beg-beg kecil dan "waist bag" jenis ini boleh memberi kemudahan kita untuk menjaga barang yang berharga,seperti duit dan telefon bimbit.Selain daripada produk itu,saya juga ingin berkongsi satu maklumat yang baru terhadap rakan -rakan saya,iaitu syarikat besar telah memproduk seluar dalam yang ada porket kecil,tetapi produk baru itu cuma dapat meletak duit dan tidak begitu sesuaian.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  vinclam1314 Sun Mar 30, 2008 7:31 am

Selepas menyertai pertandingan marathon, saya mendapati pehik penganjur telah menyediakan tempat untuk orang ramai untuk menyimpan barangan mereka.. Ini merupakan salah satu dasar yang baik.. Tindakan ini juga dapat menyenangkan orang ramai yang menyertai pertandingan marathon.. Saya berasa pertandingan ini adalah sangat berjaya kerana kebanyakan kawan saya yang menyertai pertandingan ini sangat gembira kerana telah menyertai pertandingan ini dan mereka menyatakan mungkin akan menyertai pada masa depan.. Kebanyakan mereka juga telah mendapat sijil penghabisan perjalanan dan mereka tidak mempunyai yakin diri bahawa mereka akan menghabiskan perjalanan ini sebelum ini dan kini mereka telah berjaya.. Ini dapat membuktikan kempen ini telah membangkitkan semangat sukan kepada orang ramai.. walaubagaimanapun.. terdapat juga kawan saya yang mengatakan bahawa mereka telah mendapat apa yang mereka mahu-- iaitu sijil penghabisan perjalanan dan tidak akan menyertai lagi..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty sukan di bandar

Post  sc_kwan Sun Mar 30, 2008 11:10 am

saya rasa salah satu punca orang bandar kurang bersukan adalah kerana kewujudan alat-alat teknologi yang semakin banyak dan canggih. ada sesetengah orang yang terlalu bergantung kepada kereta daripada berjalan.tabiat bersukan ini seharusnya disemai dalam kanak-kanak semasa muda. namun, kanak-kanak bandar hari ini didapati terlalu terjerumus dalam permainan komputer sehingga mengabaikan pelajaran, apatah lagi sukan.
oleh itu, ibu bapa penting dalam mencorak kanak-kanak dan mempengaruhi mereka dengan memperkenalkan dan menyemai minat terhadap permainan sukan dalam mereka. pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh kerajaan juga menggalakkan orang awam mengambil bahagian dalam sukan.

sc_kwan

Posts : 12
Join date : 2008-01-18

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty RE:SENAM ATAU BELAJAR?

Post  NCH CHEAN Sun Mar 30, 2008 7:36 pm

Tidak dinafikan bahawa saya menyertai pertandingan marathon kali ini adalah untuk mendapat sijil dan mendapat markah dalam kokurikulum.Bukan saya seorang sahaja yang akan berbuat dan berfikiran sedemikian, saya berasa ramai orang juga akan berbuat demikian untuk mendapat sesuatu mereka yang ingin mendapati.Jadi ,jika kita memandangnya sebagai sesuatu cara untuk menggalakkan orang ramai bersenam maka ia juga dapat memanfaatkan kita.Sebab demi mendapat sijil dalam pertandingan marathon , ramai orang akan melatihkan diri sebelum mereka menyertai pertandingan .Jadi saya amat setuju dengan apa yang abang Toh Wai cakap itu tentang penyertaan dalam pertandingan marathon adalah untuk mendapat sijil sahaja.Di samping itu .pertandingan marathon kali ini juga telah menyediakan hadiah wang yang lumayan kepada pemenang .Hal ini telah menyebabkan ramai peserta akan berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dan seterusnya bersenam.Jadi saya berpendapat bahawa hadiah wang yang lumayan dapat menarik minat orang ramai untuk bersenam dan bertanding .Pada masa yang sama ,mereka dapat menguatkan badan lagi jika mereka bersenam.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re : Senaman di bandar

Post  mon_ling Tue Apr 01, 2008 3:42 pm

Pada pendapat saya, apa yang dikata oleh chean hui dan abang lam memang betul. Tetapi, adakah pertandingan dapat menarik lebih ramai orang bandar untuk bersenam?
Tidak tahu adakan kalian berperasan, pada masa anda menyertai marathon kali ini, udara di sekeliling adalah sangat kotor. Terutamanya apabila melalui jalan-jalan besar yang tidak ditutup pada hari tersebut. Gas buangan yang dikeluarkan daripada kenderaan adalah sangat busuk dan boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Senaman adalah aktiviti yang menguat dan menyihatkan badan tetapi dengan adanya udara yang tercemar kesihatan manusia akan terjejas tetapi tidak disihatkan.
Oleh itu, saya berasa keadaan sekeliling seperti kebersihan alam sekitar dan keadaaan udara adalah masalah yang dihadapi oleh orang bandar yang suka bersenam.
Jadi, kerajaan haruslah membina taman rekreasi di tempat perdiaman kepada mereka yang suka bersenam. tetapi bukan sahaja setakat membina, tetapi haruslah dijaga pada setiap masa. Pekerja-pekerja haruslah selalu menyapu lantai taman dan membersihkan alat senaman dan memastikan keadaaan taman dijaga. Dengan itu, orang bandar barulah boleh bersenam selalu di keadaan yang bersih. Orang bandar yang tidak selalu bersenam pula akan tertarik dengan taman-taman maka akan membawa isi keluarga untuk bersenam ataupun jalan-jalan pada masa lapang.

mon_ling

Posts : 4
Join date : 2008-03-20

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  siewMei Thu Apr 03, 2008 9:55 am

mon_ling wrote:Pada pendapat saya, apa yang dikata oleh chean hui dan abang lam memang betul. Tetapi, adakah pertandingan dapat menarik lebih ramai orang bandar untuk bersenam?

Tidak dapat dinafikan tujuan utama saya menyertai marathon pada ahad yang lalu semata-mata untuk mendapatkan markah bagi kokurikulum saya. Akan tetapi,dapat kita lihat terdapat banyak orang yang menyertai marathon tersebut dan umur mereka kebanyakan adalah 20-40tahun,ini menunjukkan marathon ini dapat menarik orang ramai melibatkan diri mereka dalam senaman juga. Tambahan pula,maraton sedemikian boleh memupuk minat orang ramai terhadap senaman. Dan saya rasa maraton sedemikian agak menyeronokan,kemungkinan akan cuba lagi pada masa hadapan jika saya mempunyai masa lapang,hehe.. Laughing

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 11:45 am

saya sangat bersetujui dengan kakak siew mei.. saya juga berasa begini... kerana saya juga salah seorang penyerta marathon itu.. sebelum menyertai marathon itu, saya pernah pergi berenang kerana ingin menjaga kesihatan saya dan menyekalkan kesihatan peparu saya supaya saya dapat melari dengan lebih baik pada hari marathon itu.. Selain itu, saya juga terdengar bahawa terdapat kawan saya yang berlari ke sekolah dari rumahnya di wangsamaju untuk aktiviti di sekolah.. menurut apa yang dikatakan olehnya, dia ingin berlatih untuk marathon... ini merupakan salah saya effek sampingan marathon yang baik... walaubagaimanapun, seperti apa yang kakak mon ling cakap, saya juga berasa keadaan di kawasan larian marathon adalah tidak baik kerana saya terhidu asap yang dikeluarkan oleh bas-bas atau kereta-kereta semasa saya berlari.. gas gas seperti carbon monosida yang dikeluarkan oleh ia akan menurunkan efektif peparu saya kerana carbon monosida akan bergabung dengan heamoglobin kita dan menurunkan efektif gabungan oksigen dan heamoglobin kita..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  wonderfoo_99 Thu Apr 24, 2008 8:43 am

KESIHATAN Spa dalam suasana rimba
SUASANA santai lagi menyamankan dapat dilihat sebaik melangkah kaki ke spa ini yang menggunakan dekorasi bercirikan kerimbaan. Pokok-pokok hutan, buluh dan kayu bakau telah digunakan sebagai bahan utama dalam hiasan dalaman spa yang eksklusif ini. Walaupun usianya setahun jagung, namun RimBa SPA yang terletak di tingkat tiga Royale Bintang Hotel telah pun dianugerahkan Best New Hotel Spa 2007 oleh Malaysia SPA and Wellness Awards 2007 baru-baru ini.




Senaman regangan sendi
UNTUK memulakan sesuatu senaman atau berjoging adalah dinasihatkan melakukan senaman ini terlebih dahulu. Ia bukan sahaja memberi kelegaan kepada sendi dan otot malah menyegarkan semula minda apabila oksigen disedut masuk ke dalam paru-paru seterusnya ke otak. Secara tidak langsung, anda akan mengalami kesegaran dan bersemangat semula. Apabila otot mengalami regangan, tubuh akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Sukan di kalangan orang bandar Empty Re: Sukan di kalangan orang bandar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum