Masyarakat luar bandar tidak akan dipinggirkan: Najib

View previous topic View next topic Go down

Masyarakat luar bandar tidak akan dipinggirkan: Najib

Post  LiewJoey(LSB) on Sat Mar 20, 2010 5:05 pm

KUALA LIPIS: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan sesekali meminggirkan masyarakat luar bandar ketika merangka pelan strategik Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga telah menambah peruntukan sebanyak RM750 juta kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan pelbagai lagi program luar bandar bagi memastikan rakyat luar bandar terus maju dan makmur.
"Kerajaan berharap peruntukan itu dapat membantu 543,000 penduduk miskin yang berdaftar melalui e-kasih termasuk di Sabah dan Sarawak menambah pendapatan.
"Kerajaan akan meneruskan agenda transformasi luar bandar dengan mendidik masyarakat supaya mampu hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan semata-mata," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri 5,000 orang itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Najib berkata, melalui MEB kelak, pendapatan penduduk luar bandar terutamanya golongan petani dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai program pertanian baru seperti projek agropolitan.
"Kita harap melalui MEB masyarakat luar bandar dapat mengecapi pendapatan yang lebih tinggi bagi melahirkan masyarakat yang seimbang." Datuk Seri Najib Razak
Katanya, selain projek pengeluaran hasil pertanian, penduduk luar bandar akan dibekalkan dengan pelbagai ilmu keusahawanan dan budaya perniagaan.



"Sebagai contohnya, projek agropolitan Gahai di Kuala Lipis telah berjaya meningkatkan pendapatan pesertanya daripada RM450 kepada RM1,700 sebulan selepas dua tahun menyertai projek ini.

"Kita harap melalui MEB masyarakat luar bandar dapat mengecapi pendapatan yang lebih tinggi bagi melahirkan masyarakat yang seimbang," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata usaha memajukan kawasan luar bandar kini telah memasuki fasa ketiga.

"Kita kini dalam era atau fasa ketiga dalam usaha kita majukan kawasan luar bandar.

"Era pertama ialah zaman "Buku Merah dan pembangunan luar bandar, era kedua bila kita telah laksanakan fasa pembangunan negara dan juga misi nasional.

"Kini kita memasuki fasa ketiga dengan GTP (Program Transformasi kerajaan). Menerusi MEB, kerajaan akan memberi penumpuan kepada usaha untuk meningkat dan penekanan kepada tertumpu kepada 'high value high income'.

"Pertanian dilihat sebagai satu bidang perniagaan dan ini adalah ciri fasa ketiga," katanya. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum