PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun lalu

Go down

Penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun lalu Empty Penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun lalu

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Feb 09, 2010 5:24 pm

BENTONG: Sejak tahun 1996 jumlah penghidap penyakit kronik di negara ini meningkat kira-kira 10 peratus, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata, peningkatan itu yang berlaku pada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak mungkin berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat selain jarang bersenam.

"Ini memang membimbangkan dan kita sedang mengambil tindakan untuk mencegah penyakit kronik ini antaranya penyakit buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi, sakit jantung, barah sedangkan kebanyakan penyakit kronik boleh kita cegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bentong di sini.

Sehubungan itu, Liow berkata, pihaknya akan melancarkan kempen Pencegahan Penyakit Kronik bagi meningkatkan kesedaran pada kalangan masyarakat.

"Kita juga mempunyai peruntukan sebanyak RM5 juta untuk melancarkan kempen itu tetapi jumlahnya masih tidak mencukupi jadi kita juga memerlukan penyertaan daripada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan pihak swasta untuk bersama-sama membantu dalam usaha mencegah penyakit kronik," katanya.

Liow berkata, antara strategi kempen ialah mengadakan lebih banyak program bersama NGO untuk mendekati masyarakat khususnya di kawasan luar bandar. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum