PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemeriksaan mental: Rasidi layak dibicara

Go down

Pemeriksaan mental: Rasidi layak dibicara Empty Pemeriksaan mental: Rasidi layak dibicara

Post  kuanchin91 Fri May 21, 2010 1:45 pm

SEREMBAN 21 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 hingga 12 Ogos ini perbicaraan kes Rasidi Ismail yang dituduh membunuh empat ahli keluarganya Januari lalu, setelah laporan pemeriksaan kesihatan mental dari Hospital Permai, Johor Baharu mendapati dia layak dibicarakan.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu setelah laporan kesihatan berkenaan dikemukakan kepada mahkamah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin hari ini.


Dalam tuduhan pertama, Rasidi, 32, seorang penganggur, dituduh membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.


Dia turut menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, nenek Sufiah Katas, 80, dan datuk, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan pada tarikh dan tempoh waktu yang sama.

Wan Shaharuddin berkata, seramai 15 orang saksi akan dipanggil. - Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum