PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar miskin, mangsa bencana layak terima wang Ihsan

Go down

Pelajar miskin, mangsa bencana layak terima wang Ihsan Empty Pelajar miskin, mangsa bencana layak terima wang Ihsan

Post  LiewJoey(LSB) Sun Mar 14, 2010 2:19 pm

2010/03/14
BACHOK: Mesyuarat pertama jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata di bawah kategori pelajar miskin, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan faktor kemiskinan.
"Turut mendapat faedah ialah pelajar yang benar-benar miskin di sekolah-sekolah rendah dan menengah," katanya selepas menyerahkan sumbangan akhbar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kepada penerima di sini, hari ini. Pada majlis itu, KIST memperuntukkan RM20,000 untuk mengagihkan empat naskhah akhbar Berita Harian dan The New Straits Times setiap hari kepada sekolah-sekolah menengah yang terpilih di Kelantan selama setahun.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Kelantan untuk mendapatkan senarai pelajar yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Katanya, bagi mereka yang ditimpa bencana pula seperti banjir, rumah rosak dilanda ribut, dan hangus dijilat api, mereka layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan daripada dana berkenaan.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan menyampaikan bantuan kepada kumpulan pertama yang layak nanti dalam rangka lawatannya ke Kelantan pada 3 April ini.
Dr Awang Adek berkata, antara mereka yang hadir pada mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu di Kementerian Kewangan itu ialah dua pegawai dari kerajaan negeri yang bertindak sebagai pemerhati. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum