Pelajar mangsa ragut meninggal

View previous topic View next topic Go down

Pelajar mangsa ragut meninggal

Post  WAN SEN (U6A) on Sun Sep 27, 2009 2:49 pm

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang terlantar koma selama seminggu selepas cedera parah di kepala dalam kejadian ragut, akhirnya menemui ajal petang semalam.

Tan Shu Fang, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini 2 itu, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Dalam kejadian pada 17 September lalu, mangsa bersama ibunya, Leong Akooi, 52, yang sedang berjalan kaki ke sebuah bank berdekatan rumah mereka di Taman Ungku Tun Aminah di sini, tersungkur apabila beg tangannya tiba-tiba direntap dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa yang cedera parah di kepala, pengsan manakala ibunya pula mengalami lebam di badan.

Menceritakan kembali kejadian itu, Akooi berkata, mereka berdua leka berbual mengenai peperiksaan Shu Fang sehingga tidak menyedari kehadiran penjenayah terbabit.

"Shu Fang begitu yakin dan bersungguh-sungguh akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

"Tiba-tiba seorang lelaki merentap beg tangan anak saya menyebabkan kami berdua jatuh ke tanah dan bila saya bangun, saya lihat anak saya pengsan," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirvana di sini hari ini.

Akooi berkata, orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut telah menghantar mereka ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Dia yang tidak dapat menahan kesedihan berkata, Shu Fang adalah pelajar pintar dan sering mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Dia juga mempunyai ramai kawan walaupun agak pendiam. Saya kini tinggal seorang anak lelaki dan pemergian Shu Fang menyedihkan kami semua.

"Saya mahu mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu dihukum dengan setimpal," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau berharap polis dapat menangkap suspek secepat mungkin dan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Taman Ungku Tun Aminah supaya kejadian sama tidak berulang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut.

"Kita akan berusaha memburu suspek secepat mungkin, apatah lagi melibatkan kematian," katanya di sini hari ini.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajar mangsa ragut meninggal

Post  WAN SEN (U6A) on Sun Sep 27, 2009 4:26 pm

Saya berasa suspek ini perlu dihukum dengan setimpalnya untuk mengingatkan orang lain jangan melakukan jenayah. Hal ini bukan sahaja membahayakan keselamatan orang ramai malah juga akan menyebabkan kegiatan pelancongan negara kita semakin merosot. Ini kerana pelancong negara lain akan berasa takut mereka akan dirampas harta benda mereka semasa melancong ke negara kita. Oleh itu, saya berasa pihak berkuasa perlu memandang serius kejadian ini serta sentiasa meronda di persekitaran.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum