Jenayah ragut

View previous topic View next topic Go down

Jenayah ragut

Post  keat sin (U6A) on Thu Feb 18, 2010 9:23 am

Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana-mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membenteras penjenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Mengharapkan anggota polis sahaja untuk membenterasnya amatlah tidak adil sama sekali. Ini kerana tiada siapapun akan tahu bila jenayah ini akan berlaku. Silap hari, kita sendiri yang kena ragut walaupun kita telah ditanamkan sikap berhati-hati untuk mengelak dari berlaku.

Bagi penjenayah dan sesiapa sahaja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah "kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja". Apa tidaknya, dengan beberapa saat sahaja, dompet, telefon bimbit atau beg tangan telah berjaya dilarikan oleh peragut. Sedikit atau banyak "hasil ragut" bergantung kepada nasib. Itu sebabnya peragut boleh membuat "kerja mudah" ini berulang kali dalam sehari. Sekali berjaya akan menyebabkan mereka "gian" untuk melakukannya lagi.

Yang menjadi mangsa ialah kita sendiri. Walaupun kita sering berhati-hati, namun peragut yang tidak berhati perut ini tidak mengenal mangsa. Mereka melihat situasi yang sesuai dan "keputusan" dibuat dalam sekelip mata sahaja untuk menjalankan kerja yang terkutuk ini.

Pelaku jenayah ragut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak dinafikan mereka ini adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kebanyakannya juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Cara mudah pada mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah ialah meragut. Ada juga peragut yang melakukan jenayah ragut semata-mata kerana inginkan wang lebih untuk membeli barangan berharga kerana gaji yang diterima setiap bulan kecil, sedangkan nafsu kebendaan mereka sangat besar.

Lebih menyedihkan jenayah ragut kini melibatkan pula jenayah kekerasan dan kematian. Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan barangan miliknya dari diragut oleh penjenayah. Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila sanggup membunuh walaupun diketahui barangan yang diragut tidak setimpal dengan "kerja" yang dilakukan. Mereka seolah-olah sudah terdesak sehinggakan sanggup membunuh kerana sebuah telefon bimbit dan wang seratus ringgit. Inilah yang terjadi kepada pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang terbunuh selepas ditetak dengan parang.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Langkah-langkah Pencegahan daripada Kena Ragut

Post  keat sin (U6A) on Thu Feb 18, 2010 9:29 am

# Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.

# Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.

# Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lau lintas.

# Hendaklah berwaspada selalu, jika anda berasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.

# Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.

# Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.

# Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, kereta api, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.

# Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

PUNCA-PUNCA BERLAKU JENAYAH RAGUT

Post  ong poh lee U6B on Thu Feb 18, 2010 12:00 pm

Suasana sekeliling dan keadaan mangsa yang mendorong berlakunya jenayah ragut.Contohnya , keadaan persekitaran yang sunyi, mempunyai ruang yangluas untuk melarikan diri dan mangsa yang berjalan bersendirian. Keadaan yang sunyi membolehkan peragut untuk membuat jenayah dan memudahkan peragut melarikan diri dengan cepat tanpa halangan.

Selain itu,undang-undang yang longgar juga salah satu faktor menyebabkan peninkatan berlaku jenayah ragut.Undang-undang yang sedia ada tidak dapat mengerunkan peragut,malah mendorong peragut untuk terus mengugat ketenteraman masyarakat.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah ragut

Post  Sponsored content Today at 3:30 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum