PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pesakit mental larikan bas 100km

Go down

Pesakit mental larikan bas 100km Empty Pesakit mental larikan bas 100km

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:48 pm

SEGAMAT: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental menyamar sebagai pemandu bas sebelum melarikan sebuah bas ekspres kira-kira 100 kilometer (km) sehingga ke Rompin, Pahang, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu hanya memberhentikan bas terbabit apabila kehabisan minyak sebelum ia dikesan pasukan polis yang melancarkan operasi mengesannya selepas menerima aduan mengenai kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata lelaki itu pada mulanya memperdayakan seorang pemilik bengkel di Jalan Genuang, dekat sini dengan mendakwa sebagai pemandu baru syarikat bas yang diarahkan untuk mengambil bas berkenaan.

Katanya, penyamaran itu hanya terbongkar selepas pemandu sebenar ke bengkel berkenaan untuk mengambil bas terbabit kira-kira tiga jam kemudian apabila mendapati bas itu sudah dilarikan oleh lelaki lain.

“Susulan laporan itu, polis Segamat dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan negeri lain terus melancarkan operasi mengesan bas berkenaan sebelum ia berjaya dikesan di Kilometer 94, Jalan Segamat-Kuantan, berhampiran Rompin, kira-kira jam 6 petang hari yang sama," katanya.

Katanya, bas itu berhenti di tepi jalan berikutan kehabisan minyak dan pihak polis turut berjaya menahan suspek yang turut berada dalam kenderaan berkenaan.

Abdul Majid berkata, penemuan semula bas ekspres dan penahanan lelaki berkenaan membolehkan pihaknya menyelesaikan kes kecurian bas dalam tempoh kurang enam jam selepas ia dilaporkan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek juga dihantar ke Hospital Segamat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian psikiatri sebelum tindakan susulan dijalankan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum