PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cubaan larikan mesin ATM gagal

Go down

Cubaan larikan mesin ATM gagal Empty Cubaan larikan mesin ATM gagal

Post  WAN SEN (U6A) Mon May 10, 2010 9:37 am

Empat lelaki sedang berusaha tarik kiosk guna lori ditahan polis

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun yang menggunakan lori milik syarikat yang dipandu bapa seorang daripada mereka untuk menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Bank Islam di Jalan Kelang Lama, Kulim, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun memandu lori milik syarikat tempat bapanya bekerja, cuba menarik mesin ATM berkenaan dengan dibantu oleh tiga rakannya tetapi digagalkan oleh anggota polis yang meronda kawasan itu.

Difahamkan, anggota polis yang menaiki dua kereta peronda melalui kawasan sekitar terdengar satu dentuman kuat sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki terbabit sedang menarik mesin ATM yang diikat dengan rantai menggunakan sebuah lori satu tan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam kejadian itu remaja terbabit sedang memandu lori berkenaan dan dua rakannya yang bertopeng bertindak mengikat mesin ATM menggunakan rantai sepanjang kira-kira 7.6 meter, manakala seorang lagi menunggu dalam sebuah kereta Proton Saga.

“Bagaimanapun cubaan mereka untuk menarik mesin itu gagal kerana rantai yang digunakan itu putus. Ketika itu juga remaja berkenaan tersentak dengan kehadiran anggota polis dan cuba melarikan diri menggunakan lori sama tetapi berjaya diberkas kira-kira 700 meter dari tempat kejadian.

“Pada masa sama sebuah lagi kereta peronda mengejar tiga lagi suspek yang menaiki kereta dan berjaya menahan mereka ketika bersembunyi di Kampung Sungai Limau, Lunas kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.
“Polis berjaya menahan semua suspek dalam masa 10 hingga 15 minit," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Syed Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal polis mendapati remaja berusia 19 tahun yang memandu lori itu berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang, manakala seorang lagi suspek yang juga seorang mekanik berasal dari Prai dan baru seminggu dilepaskan daripada hukuman penjara atas tuduhan merogol.

“Kita juga mendapati ketika kejadian alat penggera yang dipasang pada bank berkenaan tidak berfungsi namun polis masih menyiasat kejadian itu dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat terperinci.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, " katanya.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum