PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Utara: Hentikan!

Go down

Utara: Hentikan! Empty Utara: Hentikan!

Post  yeow_U6A/2010 Thu May 13, 2010 2:47 pm

Utara: Hentikan! Pix_ga10
SEBAHAGIAN 150 pemandu kereta sewa mengadakan piket di Bukit Kayu Hitam mendesak kerajaan menghentikan kemasukan van pelancongan dari Thailand.Persatuan pemandu teksi desak sekat kemasukan van asing

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 150 ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bukit Kayu Hitam bersatu bagi mendesak kerajaan supaya menghentikan kemasukan van pelancong Thailand yang melanggar peraturan negara ini kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka. Perhimpunan disertai kira-kira 100 ahli itu juga menyatakan sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disifatkan mereka tepat pada masanya berikutan kegiatan van pelancong Thailand kini dianggap sudah keterlaluan serta boleh menyebabkan perkhidmatan teksi dan kereta sewa tempatan lumpuh. Pengerusinya, Badaruddin Mustafa, berkata sebelum kegiatan van pelancong Thailand berleluasa mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM200 sehari namun kini hanya mampu mendapat antara RM50 hingga RM100 sehari.

Beliau berkata, kegiatan itu sudah berlarutan sejak dua atau tiga tahun lalu, oleh itu persatuan itu mahu kerajaan supaya mengkaji kaedah baru atau menghentikan terus kemasukan van pelancong Thailand untuk memastikan pengusaha teksi dan kereta sewa tempatan tidak teraniaya.

Katanya, pihaknya mendapati kebanyakan pemandu van Thailand tidak menghiraukan kesan kegiatan mereka terhadap pemandu tempatan sebaliknya lebih mementingkan keuntungan mereka.

"Mereka juga menyalahgunakan permit pengedaran antarabangsa (ICP) dan terlalu bebas berkuasa di atas jalan raya kita. Saya diberitahu mereka juga pernah menghantar penumpang atau pelancong hingga ke Johor walaupun tidak mempunyai permit sah.
"Selain itu, teksi kami sebelum ini juga dibenarkan menghantar penumpang memasuki pekan Danok, Thailand tetapi kini tidak lagi kerana larangan pihak tertentu.

"Namun kami akur kerana beranggapan ia adalah untuk kepentingan bersama walaupun tiada arahan bertulis mengenainya dikemukakan sehingga kini," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan membantah kemasukan van Thailand di sini.

Badaruddin berkata, sehingga hari ini van pelancong Thailand masih bebas memasuki negara ini dengan membawa penumpang walaupun mereka menyekat kemasukan bas dan van pelancong Malaysia ke Thailand sejak empat hari lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, (Adun), Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar, yang turut hadir bagi mendengar rungutan ahli persatuan itu berkata, beliau difahamkan bahawa sekatan jalan terhadap bas dan van pelancong tempatan di pekan Danok, Thailand bukanlah pendirian rasmi kerajaan Thailand dalam menangani isu ini.

Bagaimanapun katanya, sebagai wakil di kawasan itu beliau sudah memanjangkan perkara berkaitan ke pengetahuan JPJ Kedah untuk tindakan lanjut.

"Saya diberitahu bahawa perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Sebagai wakil di sini saya berharap rungutan rakyat ini diberi perhatian serius dan kerajaan perlu mencari mekanisme baru bagi menyelesaikan masalah ini berdasarkan situasi menang-menang," katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum