PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bank biji benih dunia di Kutub Utara

+6
PnLeela
sim
ChanLM
lim siew yuen
siewMei
vinclam1314
10 posters

Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Thu Feb 28, 2008 2:17 pm

Bank biji benih dunia di Kutub Utara

LONGYEARBYEN, Norway, 26 Feb. – Norway telah melancarkan tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia dengan kemampuan bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.

Tempat simpanan itu yang dikenali sebagai Svalbard Global Seed Vault letaknya jauh ke dalam batu gunung berais kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara dan mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 200 tahun sekiranya berlaku senario terburuk pemanasan global ataupun kegagalan mekanikal dalam sistem penyejukan, kata para pegawai.

Pada peringkat awal sebanyak 100 juta biji benih daripada lebih 100 negara dunia telah dihantar ke ke tempat simpanan yang bernilai AS$10 juta (AS$32 juta) yang menyimpan sebanyak 268,000 contoh biji benih, masing-masing dari ladang yang berbeza.

‘‘Kepelbagaian biologi dunia kini diancam oleh bencana alam dan juga dar pada perbuatan manusia,’’ kata Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg pada majlis pelancarannya di sini hari ini.

“Peti simpanan ini merupakan insurans kita terhadap sebarang ancaman perang, bencana alam semula jadi ataupun perubahan cuaca,’’ kata beliau.

Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia.

Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara seperti terung, selada, barli dan kentang.

“Kami akan mempunyai satu koleksi (biji benih) utama di sini, salah sebuah yang terbesar di dunia, pada hari pembukaannya,’’ kata Cary Fowler, Ketua Global Corp Diversity Trust yang membiayai operasi tempat simpanan berkenaan memberitahu Reuters.

(Dipetik Daripada Utusan Malaysia )
Bank biji benih dunia di Kutub Utara Pa_pho10

Nota: -Kebanyakan Surat Khabar lain katakan bahawa biji benih ini dapat menyimpan lebih kurang 1,000 tahun.

Selepas kakak dan abang telah membaca petikan yang dipaparkan ini, sila berikan pendapat anda.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  siewMei Fri Feb 29, 2008 5:46 pm

mula-mula saya baca petikan ini,memang terdapat suatu anggapan bahawa idea bank bijih benih ini agak bagus,tetapi jika fikir lebih dalam,terdapat beberapa keraguan terhadap tujuan bank bijih benih ini dan keberkesanannya..dikatakan bijih benih yang disimpan dlamnya akan berguna jika di masa hadapan manusia menghadapi hari kiamat..definasi bagi hari kiamat bagi bumi adalah Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam,jadi apa kegunaan bijih benih yang disimpan ini lagi memandangkan alam kita sudah musnah.bijih benih tidak mempunyai keadaan persekitaran yang sesuai untuk tumbuh,jadi walaupun terdapat benih tapi kita tidak mampu menanamnya,apa lagi kegunaan bijih benih ini..walaupun kini terdapat cara-cara lain yang tidak memerlukan tanah untuk menanam benih,tetapi dengan alam yang telah dimusnahkan,berapa lamakah manusia boleh hidup??
kesimpulannya,saya rasa langkah pencegahan yang paling baik dan berkesan adalah manusia harus sedar akan kepentingan alam sekitar dan mulakan operasi memelihara dan memulihara alm sekitar secara global,bukannya hanya sesetengah pihak yang mengusahakannya...

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Bank bijih benih dunia di kutub utara

Post  lim siew yuen Sat Mar 01, 2008 2:07 am

sebenarnya bijih benih boleh disimpan adalah disebabkan oleh keistimewaannya....abscisic acid akan menghalang pertumbuhan bijih benih sehingganya dipengaruhi oleh cahaya dan air akan mencucikan semua absisic acid yang ada di permukaan bijih benih............inilah keistimewaan hormone yang akan membantu kita menyimpan semua biji benih ini!jika kita perlukan pertumbuhan biji benih ini asalkan kita terdapat air dan hormone-hormone yang lain untuk mempercepatkan petumbuhannya.............
Inilah keistimewaan tumbuhan dan hormone!Betapa syoknya saya membaca news ini!terima kasihnya mr.lam!
kerana ini telah memberitahu saya betapa pentingnya knowledge untuk menyelamatkan creatures di bumi..........
tq! Wink

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  ChanLM Sat Mar 01, 2008 9:55 am

saya setuju dengan pendapat siew mei. "peti simpanan ini merupakan insurans kita terhadap sebarang ancaman perang, bencana alam semula jadi ataupun perubahan cuaca", jikalau benar pernyataan ini berlaku, saya fikir tidak banyak orang akan ada perasaan untuk menanam benih-benih lagi, jadi walaupun ada benih pun tiada guna. selain itu, untuk mendapat hasil perlu satu tempoh yang panjang, sesiapa yang akan begitu sabar untuk menunggu musim hasil. pale

ChanLM

Posts : 8
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Sat Mar 01, 2008 10:54 am

adik mintakan maaf kakak dan abang kalian yang telah memberikan balasan di atas kerana saya ingin memberitahu kepada kakak dan abang bahawa bijih benih ini bukan sahaja boleh bertumbuh pada masa depan, tetapi ia juga boleh menjadikan makanan kita pada masa depan.

Selain itu, saya juga ingin memberikan bantahan tentang apa yang kakak Siew Mei dan abang Lei Mun katakan di atas kerana saya berpendapat bahawa kebijaksanaan manusia kini dapat menyediakan satu suasana yang sesuai untuk bijih benih tersebut untuk bertumbuh seperti rumah kaca..

Adakah kakak dan abang kalian pernah dengar khabar tentang kekurangan makanan di dunia kini? Dunia Kini mempunyai makanan yang cukup untuk setiap orang untuk makan, tetapi, masih mempunyai lebih kurang 800 Juta orang terpaksa tidur dalam kelaparan. Selain itu, terdapat seorang manusia mati kerana kelaparan dalam setiap 5 saat di dunia ini. Link di bawah ini adalah link untuk kakak dan abang kalian untuk melihat di mana kawasan yang rakyatnya asyik dalam kelaparan.
Kelaparan di Dunia

Saya juga pernah lihat di surat khabar bahawa semua rakyat di dunia dinasihati memakan serangga kerana kekurangan makanan di dunia ini. Mereka mengatakan bahawa serangga adalah makanan yang baik dan berkhasiat untuk manusia kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya proteinnya. Professor tentang aliran sains tentang serangga juga berpendapat sebegini juga.

Selain itu, Harga makanan di dunia ini juga semakin meningkat dan ini mengakibatkan banyak orang dalam kelaparan juga. Lihat juga tentang keratan akhbar di Utusan Malaysia ini..
Makin ramai penduduk dunia tidak mampu beli makanan

Sila berikan pendapat kakak dan abang kalian tentang isu ini juga..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  ChanLM Sat Mar 01, 2008 11:04 am

vinclam1314 wrote:saya juga ingin memberikan bantahan tentang apa yang kakak Siew Mei dan abang Lei Mun katakan di atas kerana saya berpendapat bahawa kebijaksanaan manusia kini dapat menyediakan satu suasana yang sesuai untuk bijih benih tersebut untuk bertumbuh seperti rumah kaca..
Adakah kakak dan abang kalian pernah dengar khabar tentang kekurangan makanan di dunia kini? Dunia Kini mempunyai makanan yang cukup untuk setiap orang untuk makan, tetapi, masih mempunyai lebih kurang 800 Juta orang terpaksa tidur dalam kelaparan. Selain itu, terdapat seorang manusia mati kerana kelaparan dalam setiap 5 saat di dunia ini. Link di bawah ini adalah link untuk kakak dan abang kalian untuk melihat di mana kawasan yang rakyatnya asyik dalam kelaparan.
Sila berikan pendapat kakak dan abang kalian tentang isu ini juga..

saya ingin membantah vinclam juga kerana punca orang yang kelaparan tiada wang yang cukup untuk membeli makanan, tiada kaitan dengan bank biji benih. contoh yang kamu bagi juga akan jadi satu masalah di masa hadapan kerana akan ada orang yang tidak berkemampuan membeli biji benih yang dijual oleh bank biji benih...selain itu, dalam keadaan yang tidak tenteram siapa yang akan lagi menjaga rumah kaca?

ChanLM

Posts : 8
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Sat Mar 01, 2008 11:48 am

FORUM adalah tempat untuk berbincang.. saya berasa apa yang saya post di atas adalah agak berkaitan..

Yang Pertama, Tujuan Utama Pembinaan bank Biji Benih adalah untuk mengatasi masalah kelaparan di dunia sedangkan masalah kelaparan ini agak teruk kini.. Mereka bimbang bahawa bekalan makanan akan tidak mencukupi di dunia pada masa depan dan inilah yang mendorong penubuhan bank Biji Benih ini.

Selain itu, saya hanya ingin memberitahu tentang salah satu punca kelaparan di dunia kini, iaitu harga makanan semakin tinggi. Jikalau harga makanan semakin tinggi, ini bermaksub bahawa ada lebih ramai penduduk dunia tidak mampu membeli makanan. Sebagai contohnya, jika makanan di pasaran malaysia kini adalah lebih kurang RM 100 semangkuk mee, bolehkah abang lei mun dapat makan supaya tidak lapar setiap hari dalam sebulan? Ya, abang boleh makan dengan kenyang setiap hari jika hal ini berlaku jika abang adalah orang yang kaya. Tapi, apa pula dengan orang yang miskin yang berpendapat rendah? mereka tidak dapat membeli makanan tidak lagi katakan makan dengan kenyang. Jika ada terlalu banyak orang tidak memakan, maka, kemungkinan masalah kekurang makanan di dunia akan menjadi lebih teruk dan seterusnya bank biji benih ini akan membuka untuk mengeluarkan serba sedikit makanan untuk memenuhi bekalan makanan di dunia supaya harga makanan di dunia dapat kurang sedikit..

Untuk menjawab soalan abang Lei Mun tentang : " siapa yang akan lagi menjaga rumah kaca? " saya boleh menjawab abang.. kerajaan di seluruh dunia akan berbuat demikian supaya bekalan makanan rakyat dapat dijamin.. Jika kerajaan di dunia tidak berbuat demikian, menteri-menteri dan raja-raja di dunia akan mati kelaparan juga, adakah mereka akan tidak menjaga bekalan makanan mereka?

Semoga jawapan adik dapat memenuhi soalan abang leimun tentang kenaikan harga makanan dan kelaparan di dunia.

****Topik ini bukannya hanya untuk apa yang berkaitan dengan bangunan bank biji benih sahaja tetapi juga apa yang di belakangnya, iaitu ISI TERSIRAT yang kami sentiasa fikirkan.. Bukanlah hanya ISI TERSURAT..
minta maaf jika saya telah menyinggung perasaan abang..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty bank bijih benih

Post  sim Sun Mar 02, 2008 12:46 pm

Setelah saya mambaca pandangan anda semua, saya berasa pandangan abang vincent amat terharu....kerana betulnya mempunyai banyak negara mengalami kekurangan makanan...dan rakyatnya sentiasa dalam keadaan yang lapar...tetapi bank bijih benih ditubuhkan bukanlah untuk menolong negara-negara yang kekurangan makanan...ia ditubuhkan untuk memastikan manusia mempunyai makanan pada suatu hari nanti...

Jika bank ini ditubuhkan adalah untuk menolong negara-negara miskin untuk memastikan semua manusia mempunyai makanan,ia boleh membantu mereka sekarang,bukanlah menunggu sehingga bumi kita mengalami kemusnahan,kerana pada masa itu,bumi kita mungkin dalam kegelapan,semua tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis,jadi apakah kegunaan bijih benih dalam bank itu....

Jadi ketubuhan bank ini tidak mempunyai manfaatnya....

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  siewMei Sat Mar 08, 2008 4:42 pm

saya rasa abang toh wai sudah salah faham lah... seperti yang sim kata,kalau tujuan bank ini adalah untuk mengatasi masalah kelaparan jadi kenapa bank ini masih mahu menyimpan benih??kenapa mereka tidak mengunakannya sekarang?? jadi,abang tohwai pasti akan tujuan pembinaan bank ini ataupun ini hanya pendapat anda? bolehkah abang tohwai jelaskan apa isi tersiratnya?
Dan saya harap abang tohwai boleh baca petikan saya sebelum ini,adakah abang tohwai tidak baca dengan baik-baik?? saya kata,mereka percaya akan kejadian hari kiamat akan berlaku,jadi dengan alam sekitar yang telah musnah sepenuhnya,berepa lamakah manusia boleh bertahan dengan bijih benih ini?? mari kita imbas kembali geografi yang telah kita pelajari dulu..jika kita hendak menanam semula hutan,ini memakan berarus-ratus tahun kan??jadi,manusia masih boleh hidup dalam suatu tempoh dengan benih ini tapi mereka tidak boleh betahan lama kerana suatu hari kelak bekalan makanan ini akan habis,lepas itu,apa terjadi? manusia kena makan manusia ke untuk terus hidup??

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Sun Mar 09, 2008 9:52 am

“Peti simpanan ini merupakan insurans kita terhadap sebarang ancaman perang, bencana alam semula jadi ataupun perubahan cuaca,’’ kata beliau.

Sila berikan perhatian kepada perenggan ini. Inilah Tujuan Utama penubuhan peti biji benih ini.

Apa yang saya katakan di atas adalah berdasarkan pendapat saya dan daripada apa yang saya bacakan daripada surat khabar punca lain. Ya. saya fahami apa yang kakak Siew Mei katakan di atas. Kakak Siew Mei katakan bahawa peti biji benih ini akan tiada kegunaannya pada hari khiamat. Tetapi, daripada apa yang saya fahami, Bank biji benih ini adalah untuk kegunaan sebelum kedatangan hari khiamat. Ia adalah sebagai insuran kepada manusia terhadap sebarang ancaman. Sebagai contoh, jika jagung menghadapi ancaman kepupusan, biji benih jagung akan dikeluarkan untuk ditanam ( ini dapat menjamin makanan biji benih manusia terus wujub ) Inilah yang maksud saya huraikan diatas (minta maaf kerana saya tidak mahir dalam penjelasan tentang sesuatu)

Ya, Penanaman memerlukan masa yang agak panjang supaya biji benih dapat bertumbuh menjadi dewasa. Jadi, Saya berasa mereka akan mengeluarkan pada masa yang sesuai dan gunakannya pada masa yang sesuai. Saya minta maaf pada hal ini kerana saya tidak boleh mengeluarkan sebarang bukti atau contoh kerana saya juga tidak pasti bila mereka akan gunakan bank biji benih ini. Saya berasa kerajaan di dunia akan gunakannya pada masa yang sesuai dengan cara yang sesuai.

Sekali lagi saya mintakan maaf kalian kerana saya tidak boleh memberikan semua isi tersirat dengan jelas dan tepat kerana isi tersirat yang didapati oleh orang yang berlainan adalah berlainan juga. Mungkin saya dapat berikan isi tersirat A tetapi anda tidak bersetuju bahawa ia adalah isi tersirat dengan berikan isi tersirat B.. Pada pendapat saya, saya berasa sebarang idea atau kefahaman yang didapati oleh kakak dan abang adalah isi tersirat kepada sebarang isu atau perkara jika idea atau kefahaman yang kakak atau abang nyatakan adalah berkaitan dengan petikan. Oleh itu, saya agak tidak bersetujui dengan apa yang abang lei mun nyatakan di atas bahawa infomasi yang adik berikan adalah tidak berkaitan dengan topik ini. Pada saya, saya berasakan kelaparan dan kenaikan harga makanan juga adalah berkaitan dengan topik ini.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  siewMei Tue Mar 11, 2008 4:56 pm

okok,saya sudah memahami apa yang abang tohwai cuba katakan dan bagi apa yang abang tohwai katakan bahawa bijih benih ini digunakan sebelum hari kiamat,saya berpendapat ia agak munasabah juga dan saya setuju.minta maaf atas salah tafsiran saya.. Razz Akan tetapi,kini terdapat banyak pusat kajian yang membuat kajian untuk memperbaiki mutu bijih benih,jadi,jika sesuatu spesies bakal mengalami kepupusan,saya rasa pusat-pusat kajian ini pasti akan mencari jalan mengelakkan kepupusan spesies ini kan? dalam kes ini,kegunaan bank bijih benih tidak lagi seperti yang dikatakan oleh abang tohwai No dan saya mempunyai komen yang lain tentang tujuan penubuhan bank bijih benih ini,iaitu,ia boleh dianggap sebagai satu pusat koleksi bagi semua spesies bijih benih yang terdapat di dunia ini seperti muzium negara kita,bank bijih benih ini mengumpul semua spesies dan jadikannya sebagai koleksi.jadi,apakah pendapat abang tohwai tentang komen saya ini?dan apa kata kawan-kawan yang lain?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Bank Biji benih tanaman

Post  PnLeela Thu Mar 13, 2008 5:06 am

Hi kelas, Smile

Saya amat tertarik dengan pertukaran pendapat tentang tajuk ini, terutamanya antara siew wai yang mengemukan pelbagai tafsiran tentang tujuan penubuhan bank biji benih tanaman dan ulasan dan kupasan Toh Wai dalam usaha menegakkan pendapatnya. Begitu juga pelajar lain telah mengutarakan kebaikan kewujudan bank seperti itu. Syabas kepada anda semua.
Bank bijih benih adalah satu usaha baik dalam menjamin bekalan makanan masa hadapan. Ini juga adalah untuk mengelakkan usaha kepupusan spesis tanaman akibat pencemaran dan kegiatan manusia yang mengutamakan pembangunan dan mengabaikan flora dan fauna.

Teruskan perbincangan anda Cool

Jumpa lagi
PnLeela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Thu Mar 13, 2008 5:37 am

Ern.. Saya sangat setuju dengan idea Kakak Siew Mei.. Tapi, Jika saya tiada kesalahan,Bank Biji Benih ini hanya menyimpan jenis-jenis dan bilangan biji benih yang boleh dimakan oleh manusia setakat ini. sebagai contohnya, Jagung, padi dan gandum dan lain-lain.. Oleh Itu, saya berasa perkataan kakak Siew Mei
.... di dunia ini seperti muzium negara kita,bank bijih benih ini mengumpul semua spesies dan jadikannya sebagai koleksi. ....
lebih sesuai jika digantikan dengan perkataan bijirin atau koleksi biji benih bijirin..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Biji benih..

Post  Jennifer Ong Tue Mar 18, 2008 10:31 pm

Selepas membaca pendebatan rakan-rakan, drunken drunken pale pening......

Ada baiknya juga bank biji benih ditubuhkan, sekurang-kurangnya, ia akan menjamin bahawa jenis-jenis biji benih tersebut tidak akan pupus pada masa minimum 200 tahun. Oleh itu, jika pihak berkuasa mendapati bahawa dunia kita kekurangan makanan, mereka akan berusaha mencari tempat yang luas untuk menanam biji-biji benih tersebut untuk mengelakkan kebuluran di masa hadapan. Walau bagaimanapun, perkara ini memerlukan kerjasama semua negara untuk membolehkan usaha ini berjaya.. Hasil tanaman tersebut perlulah diagihkan berdasarkan populasi pendudk di negara -negara berkenaan. Janganlah bila hari semakin kiamat, manusia masih berperang antara satu sama lain.

Saya ada sesuatu pertanyaan, jika semua negara di dunia ini boleh berganding bahu untuk mewujudkan bank biji benih ini, kenapa mereka tidak boleh mengumpulkan derma yang lebih banyak dari seluruh dunia untuk membantu negara yang mundur di dunia ini? Contohnya seperti di Afrika, jika semua pihak boleh membantu penduduk di situ, maka tidaklah wujud banyak jenis wabak dan penyakit di dunia ini.. Jika semua yang miskin ditolong, penyakit AIDS tidak akan merebak dengan meluas sebagaimana yang berlaku kini. Jika semua yang miskin ditolong dan kadar penyebaran penyakit dan wabak dikurangkan, maka duit yang dilaburkan untuk merawat penyakit boleh digunakan untuk tujuan yang lain seperti pembangunan negara, dana bagi penubuhan bank biji benih dan lain-lain lagi.. Bukankah lebih baik jika perkara ini berlaku?? Jika manusia tidak bersikap tamak, taraf kehidupan manusia seluruh dunia dapat dinaikkan, peperangan akan dikurangkan, manusia sedunia boleh hidup secara aman dan damai... Kan baik begini??? Question Question Sad Mad Crying or Very sad Evil or Very Mad Neutral No Smile

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty RE:BANK BIJIH BENIH

Post  NCH CHEAN Wed Mar 19, 2008 6:02 pm

Peti simpanan bijih benih memang memberi banyak faedah kepada kita. Tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia ini mampu bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara seperti terung, selada, barli dan kentang.Oleh sebab adanya kebaikan tersebut , Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani negara kita akan mewujudkan bank biji benih pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selaras usaha meningkatkan industri pertanian negara.kewujudan bank berkenaan akan memudahkan petani dan pengusaha pertanian mendapatkan biji benih tanpa terlalu bergantung kepada import bahan berkenaan.Di samping itu,teknologi untuk membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi, malah mudah dilaksanakan.Namun saya tidak setuju dengan pendapat"Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia."Dunia kiamat bermaksud akhir zaman ataupun penghabisan dunia.Jika berlakunya perkara sedemikian bagaimana bank bijih benih masih boleh wujud untuk membantu kita?
"Namun demikian , saya berasa bank bijih timah atau peti simpanan bijih benih ini memang bermanfaat dan dapat menolong kita pada suatu hari nanti.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 9:17 pm

Jennifer Ong wrote:
Saya ada sesuatu pertanyaan, jika semua negara di dunia ini boleh berganding bahu untuk mewujudkan bank biji benih ini, kenapa mereka tidak boleh mengumpulkan derma yang lebih banyak dari seluruh dunia untuk membantu negara yang mundur di dunia ini? Contohnya seperti di Afrika, jika semua pihak boleh membantu penduduk di situ, maka tidaklah wujud banyak jenis wabak dan penyakit di dunia ini.. Jika semua yang miskin ditolong, penyakit AIDS tidak akan merebak dengan meluas sebagaimana yang berlaku kini. Jika semua yang miskin ditolong dan kadar penyebaran penyakit dan wabak dikurangkan, maka duit yang dilaburkan untuk merawat penyakit boleh digunakan untuk tujuan yang lain seperti pembangunan negara, dana bagi penubuhan bank biji benih dan lain-lain lagi.. Bukankah lebih baik jika perkara ini berlaku?? Jika manusia tidak bersikap tamak, taraf kehidupan manusia seluruh dunia dapat dinaikkan, peperangan akan dikurangkan, manusia sedunia boleh hidup secara aman dan damai... Kan baik begini???

Urn.. Bukan semua negara di dunia ini tidak membantu negara yang mundur di Afrika. Banyak negara juga menghantar tentera ke negara-negara di Afrika untuk membantu mereka untuk mengatasi pemberontakan dan perang saudara yang kerap berlaku di negara Afrika. Selain daripada kerajaan di negara yang maju dan sedang membangun, terdapat banyak juga pertubuhan NGO membantu penduduk di negara Afrika Juga. Akan tetapi, perang saudara yang kerap berlaku di Afrika juga telah menakutkan banyak orang daripada memindah ke negara Afrika untuk membantu mereka.

Tetang perkara wabak dan penyakit yang dihuraikan oleh kakak Bunga, pertubuhan NGO dan kerajaan negara-negara lain juga memberikan banyak sumbangan dalam mengatasi masalah ini. Mereka berusaha untuk memberikan pengajaran seks dan pengajaran am dan pengajaran lain-lain untuk mengajar penduduk tempat untuk mengelakkan penyakit-penyakit tersebut. Sebahagian Pertubuhan NGO juga mengedarkan banyak kondom untuk penduduk tempatan untuk mengelakkan penyebaran penyakit AIDS. Akan tetapi, fikiran tradisional orang tempatan dan 'ketabahan' orang tempatan telah menyebabkan banyak orang tempatan tidak memberikan kerjasama kepada pertubuhan NGO. Mereka menganggap tradisional mereka adalah lebih penting dan menolak untuk mengambilkira 'tradisional barat/negara lain'. Inilah sebab utama yang menyebabkan penyakit yang 'fatal' ini menyebar dengan mudah di Afrika.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 9:23 pm

NCH CHEAN wrote:...Di samping itu,teknologi untuk membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi, malah mudah dilaksanakan.Namun saya tidak setuju dengan pendapat"Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia."Dunia kiamat bermaksud akhir zaman ataupun penghabisan dunia.Jika berlakunya perkara sedemikian bagaimana bank bijih benih masih boleh wujud untuk membantu kita?
"Namun demikian , saya berasa bank bijih timah atau peti simpanan bijih benih ini memang bermanfaat dan dapat menolong kita pada suatu hari nanti.

apakah yang dimaksudkan oleh kakak Chean Hui? mengapakah kakak Chean Hui tidak bersetujui tentang ayat yang telah di 'bold' kan di atas ini?
tetapi kakak chean hui setuju pada akhirnya? Bolehkah kakak Chean Hui terangkan apa yang tidak disetujui dan disetujui tentang bank biji benih ini? bom

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  lim Thu Mar 20, 2008 6:53 am

Pada pendapat saya,saya merasa in merupakan satu pengamalan yang baik.Cara ini akan membawa banyak faedah kepada negara dan warganegara seperti yang disebutkan oleh chien hui.Terutamanya jika negara mengalami pelbagai bencana alam,penduduk tidak perlu menakutkan tidak mempunyai bijih benih untuk menanam semula segala tumbuhan dan makanan.Ini akan membantu kerajaan untuk mempercepatkan pemulihannya dan dapat tenangkan hati penduduk.Selain itu ia juga dapat membantu kita untuk mengatasi masalah kekurangan biji benih untuk tumbuhan dan makanan pada masa depan.Justeru kita tidak perlu takut akan mengalami kepupusan sesetengah jenis spesies tumbuhan kerana di dalam bank biji benih ini mempunyai pelbagai jenis spesies biji benih.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  pohblg Thu Mar 20, 2008 5:37 pm

Bijaknya manusia membuat bank biji benih ini, pembinaan ini memang sukar dijalankan dalam cuaca yang begitu sejuk, tetapi bank biji benih ini memang pengamalan yang baik dan memberi jaminan supaya sebahagian jenis tumbuhan-tumbuhan ini tidak terpupus pada suatu hari nanti. Bank biji benih ini dibina supaya mencepatkan dan memudahkan proses pemulihan sesuatu tempat atau bumi selepas bencana alam berlaku. Bijih benih tanaman makanan seperti sayur-sayuran juga menjamin jenis dan sumber makanan kita tidak terpupus dan mendapat makanan yang berkhasiat dan sihat. Manusia haruslah menjaga alam sekitar dan bukannya merosakan alam sekitar dengan alasan adanya bank biji benih.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 7:53 pm

NCH CHEAN wrote:... Oleh sebab adanya kebaikan tersebut , Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani negara kita akan mewujudkan bank biji benih pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selaras usaha meningkatkan industri pertanian negara.kewujudan bank berkenaan akan memudahkan petani dan pengusaha pertanian mendapatkan biji benih tanpa terlalu bergantung kepada import bahan berkenaan.Di samping itu,teknologi untuk membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi, malah mudah dilaksanakan....

saya sungguh gembira selepas mengetahui bahawa negara kita juga akan mewujubkan satu bank yang berfungsi seperti bank biji benih di norway itu.. akan tetapi, negara kita tidak mempunyai tempat yang sangat sesuai seperti yang di kepulauan Svalbard.. negara kita terletak di khatulistiwa.. kawasan yang menghadapi cahaya matahari yang agak banyak.. jadi, bolehkah kakak chean hui carikan lebih banyak maklumat tentang bank yang berfungsi seperti bank biji benih di negara kita kepada saya/kami ?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty RE:BANK BIJIH BENIH

Post  NCH CHEAN Wed Mar 26, 2008 7:08 pm

Saya berpendapat bahawa jika dunia telah kiamat dan ini juga bermaksud dunia telah habis ,zaman kita telah akhir dan kita tidak akan ada di dunia ini lagi .Jadi bagaimanakah bank bijih benih ini dapat wujud untuk membantu kita? Jadi saya tidak setuju dengan apa yang abang Toh Wai kata itu tentang Bank Bijih Benih dapat membantu kita semasa dunia kiamat.Akhirnya saya setuju dengan idea bank bijih benih adalah sebab secara keseluruhan Bank Bijih Benih masih boleh dikatakan dapat menyimpan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia ini agar mampu bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.Ini juga bermaksud pada masa akan datang manusia boleh menggunakannya jadi jika "Pada masa akan datang" dibanding dengan " dunia kiamat" , kita boleh mengetahui bahawa kedua-dua adalah berbeza.sebab pada masa akan datang kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku , mungkin bencana ataupun kemarau akan berlaku .tetapi jika dunia kiamat,kita adalah tidak ada dalam dunia ini lagi .Jadi Bank Bijih Benih hanya boleh membantu kita pada masa akan datang dan bukannya pada masa dunia kiamat.Kesimpulannya, Bank Bijih Benih ini boleh dikatakan membantu kita pada masa akan datang, jadi saya bersetuju dengan idea Bank Bijih Benih ini tetapi saya tidak bermaksud saya menerima idea Bank Bijih Benih boleh membantu kita semasa dunia ini kiamat.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty RE:BANK BIJIH BENIH

Post  NCH CHEAN Wed Mar 26, 2008 7:25 pm

Tidak dinafikan bahawa bank bijih benih telah memberi kebaikan kepada kita dalam menyediakan makanan pada masa akan datang dan ia telah membantu kita memudahkan petani dan pengusaha pertanian mendapatkan biji benih tanpa terlalu bergantung kepada import bahan berkenaan.Di samping itu,teknologi untuk membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi, malah mudah dilaksanakan.Seperti yang saya dikatakan sebelum itu ,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani negara kita akan mewujudkan bank biji benih pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selaras usaha meningkatkan industri pertanian negara.Kementerian berkenaan cuma bercadang akan melaksanakannya tetapi saya tidak mengetahui sama ada perkara tersebut telah direalisasikan atau belum.Minta maaf abang Toh Wai sebab saya tidak dapat membekalkan maklumat yang lebih lanjut mengenainya.Saya hanya mengetahui ada sesuatu rancangan sahaja.Tetapi jika rakan-rakan yang lain mempunyai pendapat yang sama dengan saya juga boleh membekalkannya agar kita semua dapat mengetahuinya.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:04 am

NCH CHEAN wrote: ... jika dunia telah kiamat dan ini juga bermaksud dunia telah habis ,zaman kita telah akhir ... Jadi bagaimanakah bank bijih benih ini dapat wujud untuk membantu kita? Jadi saya tidak setuju dengan apa yang abang Toh Wai kata itu tentang Bank Bijih Benih dapat membantu kita semasa dunia kiamat.

Adakah kakak Chean Hui bacakan balasan sebelum ini? soalan ini telah disoalkan oleh kakak Siew Mei pada awal topik ini.. Saya juga telah menjawab soalan kakak Siew Mei. Jawapan saya mengatakan bahawa, biji benih ini adalah digunakan sebelumdunia ini kiamat atau pada masa yang depan seperti apa yang kakak Chean Hui terangkan dalam balasan anda.. Saya juga berpendapat bahawa bank biji benih ini kemungkinan besar tidak dapat berfungsi sebagai bekalan makanan pada hari kiamat dunia kerana fungsinya tidak dapat dijalankan sedangkan kebanyakan manusia telah mati / pindah /etc.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bank biji benih dunia di Kutub Utara Empty Re: Bank biji benih dunia di Kutub Utara

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum